rasa nak guna ganti nama saya pulak la kali ni.hik3
dalam entry ni,saya nak buat serba sedikit ringkasan tentang kehidupan pasca periksaan di kala musim panas yang membahang di bumi adelaide ini.penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan diterapkan dalam 'entry'(dengan izin) ini.
1.kehidupan pasca peperiksaan kebelakangan ini hanyalah berlegar di sekitar lapangan terbang.mana taknya,hampir kesemua rakan-rakan pulang ke malaysia bercuti.tidak lupa juga rakan-rakan yang pulang buat selamanya ke malaysia,back for good(dengan izin)selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di sini seperti hafidzah yang mana saya selalu memnaggilnya dengan nama fitzroy.hihi.
2.saya tinggal seorang di rumah.ada beberapa orang rakan lagi yang senasib seperti saya namun apakan daya,saya rasa lebih selesa berpeleseran di rumah sendiri berbanding rumah rakan yang lain.walaupun agak sunyi,namun saya lebih senang memilih selesa berbanding kemeriahan.tinggal seorang bermakna saya perlu memasak untuk diri sendiri dan mengemas rumah dan bilik serta ruang2 rumah yang lain.hal ini membuatkan saya berasa seperti seorang suri rumah kepada seorang suami yang bekerja jauh dan lama seperti kerjaya seorang pilot(haha,sila gelak)
eh eh abang pak cik pilot!haha
3.perayaan christmas semakin hampir.begitu jugalah halnya dengan kemeriahan kedai-kedai membuat tawaran-tawaran hebat dengan harga yang masih mahal setelah ditukar kepada ringgit malaysia.haha.namun,saya berasa terselamat kerana tidak membeli set pinggan noritake ketika saya pergi ke harris scarfe kelmarin.ini kerana,sebaik sampai di rumah,saya telah membelek katalog pasca christmas di mana harga set pinggan yang sama akan diturunkan sebanyak 25% lagi bermula 26 disember.alhamdulliah saya tidak membeli pada hari itu.
pak cik santa yang pegang-pegang pinggang orang
4.saya rasa toleransi saya terhadap barang-barang yang dipamerkan di kedai adalah semakin berkurang.manakan tidak,saya rasa tidak lengkap jika ke pasar raya namun pulang dengan tangan kosong.jiwa saya rasa akan rasa hampa dan kosong haha.oleh itu,saya TERPAKSA berbelanja bagi menyelamatkan ketenteraman jiwa.huhu
5.oh hampir terlupa.beberapa hari yang lalu,saya telah berpergian ke GOOLWA,salah sebuah destinasi pelancongan di selatan asutralia ini.tempat ini terkenal dengan kecantikan pantainya,juga deruan ombak yang mengasyikkan serta aktiviti menangkap kepah di tepian pantai.terdapat ramai 'mat salleh' yang berjemur di bawah terik matahari yang amat membakar sehingga cair vaseline saya yang baru saya beli.ya,ini kisah benar,bukan sekadar hiperbola.tumpah separuh vaseline tersebut.keadaan ini menggambarkan betapa panasnya suhu pada hari tersebut.benar-benar panas membakar muka dan badan.saya syak 43 darjah celcius.di sini juga,buat PERTAMA kalinya saya MANDI di laut australia.perasaanya sungguh tak dapat digambarkan.seronok terharu dan sungguh ceria.walaupun cuaca panas,namun sebaik sahaja anda berada di dalam air laut itu,suhunya adalah lebih sejuk.sungguh,jika tiada rezeki saya di sini tahun depan,saya tdak akan berasa ralat kerana saya sudah ada pengalaman mandi di laut australia.bolehla ceritakan kepada anak cucu nanti.hehe
6.sepanjang cuti sekolah ini,sungguh banyak jemputan kahwin yang diterima.namum,memandangkan saya hanya bermastautin di adelaide,maka tidaklah saya dapat penuhi jemputan-jemputan tersebut.kepada pengantin-pengantin dan bakal-bakal pengantin,semoga Allah memberkati perkahwinan anda selamanya.betolak ansur dan terima pasangan anda seadanya.insyaallah,semoga berbahagia.eh,kenapa rasa nak kahwin juga ni?haha
7.ini berita yang baru saya terima sebentar tadi.alhamdulillah,kak iman saya iaitu kakak saya yang kedua telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 23 disember,jam 5.15 petang seberat 3.0 kg secara normal.bayi tersebut merupakan anak keduanya selepas beliau melahirkan anak sulungnya,nuha naqiyyah juga seorang perempuan pada 12.12.2007.cantik bukan tarikhnya?moga allah merahmati kamu semua.maaf mak cik tidak pulang dan berada di sisi kamu.sob3
8.baiklah saya kini rasa kagum dengan tata tertib bahasa melayu saya.hahaha.panjang pula entry ini.layankan sahajalah saya yang tengah sunyi ini.hehe


2 comments:
cikgu pah mesti bangla gila dgn k.tisam. xsia2 dy ajaq BM ;p
truskan.i loike it!:)
-nur haziraa peminat setia blog ini.
hahaha.itula,akak ingt nak jdi ckgu BM nnt
hhehe
auch,terharu ada juga org minat kak tsam dok merepek ni.haha
TQ dear!
Post a Comment