Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 29, 2010

Aku suka bau hospital


Hari ini buka-buka mata nampak jarum panjang dekat no 6.Ingatkan betul dahla bangun pukul 7.30.Tapi bila celik luas sikit lagi..Alamak!!8.30 pagi dah!Mati la macam ni!!LEWAT lagi..hahaha.Terus bangun capai towel nak g toilet tapi ada orang pulak.Tak jadi nak mandi lagi,lepak dekat dapur buat bekal lunch dlu.Kadang-kadang bila tak dak makanan,buntu nak bawa apa.Macam hari ni,banyak sangat makanan pun xtahu nak bawa apa juga.Akhirnya bawa roti letak cheese kat dalam saja.Nak cepat katanya.


Kad kuasa.Haha

Dekat lab aku,hari Isnin ialah hari yang ada weekly meeting dan pada hari Isnin juga,kami student Honours iaitu aku dan J dikehendaki membentangkan journal berkaitan yang kami dah baca.Sebab tu la tadi macam cuak sangat bila bangun lambat.Perjalanan dari rumah nak ke hospital lebih kuRang sejam dengan menggunakan bas-train-bas.Kalau bangun pukul 8.30,nak siap-siap tunggu bas(yang kadang-kadang tak mai pun),dalam pukul 10 juga la baru sampai hospital.Itupun kalau bas on time la,kalau delay pulak,mahu menangis rasa.Ofis pulak start pkul 9,x ka dah sejam lewat tu.Aduh malu nya..Tapi Allah maha mendengar(hahah jahat gila dok berdoa supaya SV xmasuk ofis lagi hari ini sbb dia outstation),tengok-tengok Alhamdulillah minggu ini tiada meeting.SV belum pulang lagi.Hehe,selamat.

Pemandangan dari pintu masuk lab.Salisbury town

Hari ini juga aku menerima suntikan Hep B memandangkan projek aku ini,aku akan berurusan dengan tisu manusia yang tidak diketahui asal usul pemiliknya.Sebagai langkah berjaga-jaga,maka cucukla Hep B ni.Free sebab aku dikira staff hospital,hehe.Mula-mula sebelum kena cucuk ketaq dah,sebab aku memang jenis takut jarum.Tapi kakak nurse tadi memang professional la,Alhamdulillah xsakit pun masa dia cucuk tu.Siap beramah mesra lagi untuk mengurangkan debar aku.Terima kasih kakak nurse.Sebulan nanti kita ketemu lagi ya!Oh ya,berkaitan tajuk.Benar,aku suka bau hospital.Semacam ada satu perasaan.Senang.

Kali pertama sampai di stesyen ini adalah kerana sesat.
Tak sangka sekarang hari-hari bertegur sapa dengan stesyen ini.haha

p/s:Happy 23rd birthday to my dearest sayang,Mashitah Abdul Mutalib.Tsam syg shitah n IMNI=)

4 comments:

pech said...

x mandi!

tsam_ismail said...

hahah aku mandi la weh

Ruwaida Ridzwan said...

mai la jd follower blog i.hehe:P

Ruwaida Ridzwan said...

hahha.ruru pon suka bau hospital:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...