Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, August 17, 2012

Hari ini seorang aku berusia suku abad

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kemarin 16 Ogos 2012 menandakan genaplah 25 tahun Masihi aku dilahirkan oleh mamaku ke muka bumi ini. Tak pernah tersangka dalam hidup aku bahawa inilah perasaan seseorang yang berusia suku abad haha...Dulu masa kecik-kecik,kalau dengar orang tu habaq usia dia 25 tahun, mesti aku rasa 'eh dewasa (aka tua) dah dia ni' hahaha. Now bila diri sendiri sampai fasa umur 25 ni, rupanya-rupanya perasaan seorang yang berusia 25 tahun adalah agak sama sahaja seperti ketika berusia 24 23 atau 22 tahun hihi. Tidaklah tiba2 badan menjadi automatik mebongkok atau automatik bertambah sedikit kedutan dek kerana telah berusia 25 tahun haha.


Ianya perasaan biasa cuma rasa sedikit special kerana tarikh lahir. Tidak terlalu teruja, namun gementar. Ya,gentar apabila memikirkan betapa aku sudah menghabiskan 25 tahun tapi aku sendiri macam tak tahu apa pencapaian aku. Bagaimana dengan masa depan aku, bagaimana akan aku habiskan 38 tahun yang akan datang kalau dipanjangkan umur (mengikut sunnah umur Rasulullah; itupun tolak lagi berapa tahun sebab ikut tahun hijrah). Tapi aku pasti, setiap apa yang berlaku dan akan berlaku adalah terletak dalam rencana Allah yang maha hebat dan maha sempurna, jadi aku selaku hamba ini tak perlulah gelabah kerana sesunggahnya Allah is there, always there for you. Dia tahu apa yang terbaik,perkara terbaik, cara terbaik,masa terbaik dan rencana yang paling indah untuk setiap kita semua

Masa tarikh kejadian, macam biasa encik suami gigih tahan mata sampai pukul 12 untuk wish dan nyanyi yu yu (happy birthday to you). Tskk terharu haha, thank you yayang!Balik kerja dapat hadiah dr encik suami hikshiks syioookkk..Pastu keluar p dating berbuka puasa di House of Nasi  Kerabu yang sangat sedap nasi kerabunya. After that, shoot p surau sbb ada dating lagi, kali ini dengan Ustaz Don pulak. Terima kasih ustaz sebab susah payah mai nak sambut hari jadi saya haha. Nasihat-nasihat ustaz InsyaAllah akan kami semat dalam jiwa cewah haha.

tempat dating hari kejadian

Ucapan Terima Kasih untuk ahli kluarga dan mentua juga yang wish, adik beradik aku yang best, rakan yang wish kat facebook whatsapp apa semua perisisan guna internent ni, terima kasih tapi aku xleh nak buka lagi sbb tnet blum masuk kat rumah.Sangat2 menghargainya!!Seriyes best hampa semua haha. Moga Allah merahmati kita semua dan mengurniakan segala kebaikan kepada  kita.

Happy 25th birthday to myself!

p/s:malam ni insyaAllah akan bertolak balik kampung. Yayyy nak rayaaaa!!!Tapi sedih jga sebab Ramadhan nak habis dah..dan aku masih mcm ni...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...