Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, December 4, 2012

Tetamu datang membawa rezeki Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Last weeks memang rumah kami Alhamdulillah tak putus putus dengan kehadiran tetamu. Dimulakan dengan kehadiran family kak long bersama anak-anak menakan yang hingaq dan best tu, family Abang Najib dan juga family mentua tersayang yang baruu saja balik pagi tadi. Sob sob balik rumah harini mesti rasa sunyi sebab dah tak bising macam bila ada tetamu ramai. Meriahh sangat rasa hihi

Keluarga kak long dan abang

Kak Long mai from hari Khamis malam sampailahh hari Selasa and tidur di rumah kami kecuali satu malam tidur di rumah abang najib. Tujuan utama ialah jalan-jalan cuti-cuti Malaysia la. Disebabkan depa adalah pernah menjadi warga negeri KL dlu, maka x susah bagi mereka (wpun ada sesat2 haha) untuk mencari jalan ke tempat menarik hihi seperti i-city dan zoo negara. Abang long juga adalah bersemangat untuk mengajak kami ke MAHA 2012 untuk melihat lembu sehinggalah tercapai juga hasratnya itu. Balik tu x habis2 kagum dengan saiz gigantic lembu2 tersebut hahah. Sempat juga singgah makan di cyberjaya dan bercengkerama kelurga di putrajaya pada waktu malam,sungguh hidup dan meriahhh dengan family berbasikal,berkelah,berkejar2an ber semua la dekat depan masjid putra tu.

Had nasi Mandy here. Alhamdulillah lazizzz jiddan!

Juga bermain tournament bowling antara adik beradik (aku berkecuali haha) hingga ada yg tidak berpuas hati memohon lawan kali kedua. Nasib baik menang 'orang tu' haha.Untuk maktsuu n mangah jangan jeles na kami berpoya-poya di sini hahahaha.

Keluarga mentua

Ni yang the latest. Tujuan utama mak ayah alia n alina mai adalah untuk meraikan majlis graduasi adik iparku yang kedua iaitu Afiqah atau lebih glemer dengan panggilan minah atau rodek oleh abangnya haha. Majlis adalah pada 3 Disember di UiTM Shah Alam. Family menginap di hotel selama satu malam, selebihnya adalah di rumah kami (excited!).Sempat juga bawa family ke MAHA atas permintaan mak terutamanya untuk mencari pokok anggur haha tapi non hado so amik pokok mulberi instead. Renek ja tapi dah ada buah dahh hebat btoi.Pokok2 ini adalah untuk next project gardening mak haha yayy balik nnt boleh buat berries picking hihi.Makanan tok sah cakap la apa segala semua mak nak beli.Ayah pn sama hahah..Di Shah Alam pula, sempat singgah di masjid negeri SSAAS dan juga berwindow shopping dan shopping di the new mall Setia City Mall dan juga Parkson Klang Parade(jauh merantau haha).

pokok mulberi

Paling terbaik adalah sempat menyambut anniversary mak ayah yang ke 26 bersama adik adik di Sukhumvit Restaurant. Very-very recommended, SANGAT sedap dan murahhhhh. Puas hati bila tengok mak ayah adik2 smua gembira.Terletak d Kampung Bharu which is very close to my office hehe.Sila google ye atau foursquare lagi senang

Alhamdulillah,Syok sangat bila family mai. Terutama bila ayah dan mak mentua terbaik layan mcm princess haha perasan tapi seriyes.Baru nak goreng,tiba-tiba tak pa2 meh mak buat, baru nak masak takpa2 meh mak masak,baru nak tolong apa,takpa2 p rehat ja wakakaka. Sob sob terharu.Makan hati ja suami saya tu melihat layanan gold class yg kuterima,i tahu u jeless kat i le tewww kan hahahah

All in all, I LOVE MY FAMILY!Alhamdullillah dapat dok dekat (dekat juga la haha) dengan family dan sempat menabur budi sikitt untuk keluarga...Ya Allah,rahmatilah kami dan kekalkan kami dalam kasih sayangMu Ya Allah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...