Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 30, 2009

boxing daiiiyyy

assalamualaikum

hari ini adelaide adalah sangat panas.plan kami bertiga(alia,siti dan saya) untuk ke harbour town bagi kali ke 3 telah dibatalkan kerana masing-masing terlajak bangun secara berjemaah.maklumlah,tidur pun pada pukul 5 pagi kerana menunggu subuh terlebih dahulu.maka pasrah sahaja.haha,saya menumpang kasih di rumah alia kini bersama-sama cik siti mariam.aktiviti kami hanyalah berlegar di sekitar shopping mall,dapur,bilik air dan juga bilik tidur.eh bilik tidur adalah untuk bermain internet lah,bukan yang bukan-bukan.ish,kuning sungguh kamu.haha

selepas sambutan krismas,hari boxing day pula menyusul tiba.anda tahu boxing day?kalau tidak,silalah pergi menggoogle.haha.secara dasarnya,hari boxing day ini merupakan hari di mana kedai jualan akan mengadakan jualan murah secara besar-besaran pada setiap 26 disember setiap tahun.tapi entah di mana silapnya,hari boxing ini hanya disambut pada 27 disember tahun ini di selatan australia.pelik bukan?entah apa2 la yang penting gembira.sebagai orang yang mensyukuri setiap peluang yang ada,kami juga tidak melepaskan meraikan ketibaan boxing day ini.walaupun kedudukan kewangan agak goyah,namun hal ini tidak mematahkan semangat kami.haha.kopak juga la.aisyy,mana tahan melihat harga2 murah di kedai(sebenarnya xla murah sgt pn.setiap sale pn murah mcm ni jga)

kami berboxing bkn pada 27 hb sahaja malahan daripada 26 hb lagi.haha.ke harbour town la apa lagi.tersrempak dgn ramai sungguh orang melayu di sana.buat2 xkenal pun ada,segan.haha gedik.paling best ialah pembelian purse dari nine west yang sungguh unik walaupun alia kata dia xrasa apa2.ok fine bebeh fine.

eh mari melayan gambar la.ok.sekian.haha penutup apakah ini.


             noritake ni save 1000aud.gilo apo kan?tp mmg cun habis                              jalan2 city malam


                konon2 try kasut padahal nak amik gmbaq.haha                                            ikea pn sale


sale banyak tu 50%..cunaan nak tiru gaya patung.alia sama dah but then i failed size xsama bsaq.haaha



di tea tree plaza.hirup bubble tea yg sedap sgt.


ouh bukan bukan.ini bukan beli.ini bake sendiri.hehe.yat,jeles dak?haha

pictures are all from alia hamzah.thank u bebeh




Wednesday, December 23, 2009

home alone!

salam
rasa nak guna ganti nama saya pulak la kali ni.hik3

dalam entry ni,saya nak buat serba sedikit ringkasan tentang kehidupan pasca periksaan di kala musim panas yang membahang di bumi adelaide ini.penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan diterapkan dalam 'entry'(dengan izin) ini.

1.kehidupan pasca peperiksaan kebelakangan ini hanyalah berlegar di sekitar lapangan terbang.mana taknya,hampir kesemua rakan-rakan pulang ke malaysia bercuti.tidak lupa juga rakan-rakan yang pulang buat selamanya ke malaysia,back for good(dengan izin)selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di sini seperti hafidzah yang mana saya selalu memnaggilnya dengan nama fitzroy.hihi.


fizroy,alia dan saya.muka menangis.hehe



2.saya tinggal seorang di rumah.ada beberapa orang rakan lagi yang senasib seperti saya namun apakan daya,saya rasa lebih selesa berpeleseran di rumah sendiri berbanding rumah rakan yang lain.walaupun agak sunyi,namun saya lebih senang memilih selesa berbanding kemeriahan.tinggal seorang bermakna saya perlu memasak untuk diri sendiri dan mengemas rumah dan bilik serta ruang2 rumah yang lain.hal ini membuatkan saya berasa seperti seorang suri rumah kepada seorang suami yang bekerja jauh dan lama seperti kerjaya seorang pilot(haha,sila gelak)


eh eh abang pak cik pilot!haha

3.perayaan christmas semakin hampir.begitu jugalah halnya dengan kemeriahan kedai-kedai membuat tawaran-tawaran hebat dengan harga yang masih mahal setelah ditukar kepada ringgit malaysia.haha.namun,saya berasa terselamat kerana tidak membeli set pinggan noritake ketika saya pergi ke harris scarfe kelmarin.ini kerana,sebaik sampai di rumah,saya telah membelek katalog pasca christmas di mana harga set pinggan yang sama akan diturunkan sebanyak 25% lagi bermula 26 disember.alhamdulliah saya tidak membeli pada hari itu.

pak cik santa yang pegang-pegang pinggang orang

4.saya rasa toleransi saya terhadap barang-barang yang dipamerkan di kedai adalah semakin berkurang.manakan tidak,saya rasa tidak lengkap jika ke pasar raya namun pulang dengan tangan kosong.jiwa saya rasa akan rasa hampa dan kosong haha.oleh itu,saya TERPAKSA berbelanja bagi menyelamatkan ketenteraman jiwa.huhu


5.oh hampir terlupa.beberapa hari yang lalu,saya telah berpergian ke GOOLWA,salah sebuah destinasi pelancongan di selatan asutralia ini.tempat ini terkenal dengan kecantikan pantainya,juga deruan ombak yang mengasyikkan serta aktiviti menangkap kepah di tepian pantai.terdapat ramai 'mat salleh' yang berjemur di bawah terik matahari yang amat membakar sehingga cair vaseline saya yang baru saya beli.ya,ini kisah benar,bukan sekadar hiperbola.tumpah separuh vaseline tersebut.keadaan ini menggambarkan betapa panasnya suhu pada hari tersebut.benar-benar panas membakar muka dan badan.saya syak 43 darjah celcius.di sini juga,buat PERTAMA kalinya saya MANDI di laut australia.perasaanya sungguh tak dapat digambarkan.seronok terharu dan sungguh ceria.walaupun cuaca panas,namun sebaik sahaja anda berada di dalam air laut itu,suhunya adalah lebih sejuk.sungguh,jika tiada rezeki saya di sini tahun depan,saya tdak akan berasa ralat kerana saya sudah ada pengalaman mandi di laut australia.bolehla ceritakan kepada anak cucu nanti.hehe


6.sepanjang cuti sekolah ini,sungguh banyak jemputan kahwin yang diterima.namum,memandangkan saya hanya bermastautin di adelaide,maka tidaklah saya dapat penuhi jemputan-jemputan tersebut.kepada pengantin-pengantin dan bakal-bakal pengantin,semoga Allah memberkati perkahwinan anda selamanya.betolak ansur dan terima pasangan anda seadanya.insyaallah,semoga berbahagia.eh,kenapa rasa nak kahwin juga ni?haha

7.ini berita yang baru saya terima sebentar tadi.alhamdulillah,kak iman saya iaitu kakak saya yang kedua telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 23 disember,jam 5.15 petang seberat 3.0 kg secara normal.bayi tersebut merupakan anak keduanya selepas beliau melahirkan anak sulungnya,nuha naqiyyah juga seorang perempuan pada 12.12.2007.cantik bukan tarikhnya?moga allah merahmati kamu semua.maaf mak cik tidak pulang dan berada di sisi kamu.sob3

8.baiklah saya kini rasa kagum dengan tata tertib bahasa melayu saya.hahaha.panjang pula entry ini.layankan sahajalah saya yang tengah sunyi ini.hehe

Friday, December 18, 2009

cinta untuk kamu

 -entry ni panjang-

salam

harini,17 december,tinggal la aku ahli tetap umah ni sorang(wpun ada cik siti and alia).ahlami mungkin tgah tgu her next flight to KB kat KLIA.fatihah pulak kat gold coast waiting for her tomorrow's flight back to kl and to KT.while ummu kat melbourne with her parent jalan2 masa cuti summer ni sblum balik ke msia 19dec nnt.ibtisam rindu korang...sob3

menitis juga aku masa antaq ahlami td.mcm tu juga masa fatihah nak ke airport td.ummu xdan jumpa sbb ummu kluar awal drive ke melbourne.skang ni pun msih basah g air mata(cepat2 lap keyboard nnt masin).entry ni sbnrnya nak didedikasikan kepada ketiga-tiga housemates aku yg amat disayangi.i am not good with words but i'll try my best to convey my gratitude and love towards u guys.how i am so happy n thankful to Allah to have such a lovely housemates mcm korang.serius,bersyukur sgt =(...nangis lagi..sob3

AHLAMI WAN MUHAMMAD


 haha giloss


I've known her since Sunway,in fact kami smua adalah drp sunway.tp ahlami adalah yg paling lama rapat and sekepala juga,geng bola,geng makan,geng shopping,geng bising,geng smua la.masa mula2 dapat tau yg kami akan ke uni of adelaide,mmg dah buat pact siap2 dah nak duduk serumah.n alhamdulillah tercpai n kekal smpai hbis blajaq.she's a really nice girl,talkative,happy go lucky and paling best,xpenah g aku nmpak dia naik angin.kalau merajuk pun,sat ja,pastu dh ok.waktu2 aku nak buat keja gila,dia sntiasa bersama.maka gila2 la kami bersama.hihi.paling best dia good at baking.she baked me cupcakes with candle,first time ever in my life i celebrate my birthday with cupcakes and candles.thank you dear.ko mmg paling d best la.aku syg ko.terima kasih kerana x pernah berhenti berharap dgn aku.terima kasih jga sbb always be there for me during my ups and downs.i am sure gonna miss ur singing.rndu nak usik2 masa ko nangis skit gigi bila terlanggar meja.lpas ni.lepas ni jgn clumsy sgt k nnt dah xde org nak gelakkan ke-clumsy-an ko tu..sob3

FATIHAH MAHMUD


sorry peteh..haha


sama juga,knai dr sunway tp start rapat sgt kat adelaide.dia ni very lovely,soft,bersopan santun(she claims this herself..haha),a very2 good listener and xpernah kata TAK.apa saja org mntak tlong,mesti dia buat wpun bnda tu akan menyusahkan dia akhirnya.sensitif jga,tp dia jarang nak tnjuk perasaan dia,cuma sumtimes i am just gifted to read her mind.haha..peteh,nnt aku mesti rindu nak buli hang,usik2 hang dr belakang peti ais bila hang bru kluaq bilik air.rndu juga hang usik2 aku sebut 'wudhu'' tu.jgn rindu2 aku sgt eh nnt.tp aku sure akan rndu hang and all ur convincing words when i am all down and rasa xlarat 'nak bangkit' semula,terima kasih untuk tu semua.sungguh,aku sayang hang sangat.

UMMU HANANI AB RAHMAN


gmbaq ummu ja snonoh sket..hehe

ummu paling kebal antara kami.haha.dia mcm x teraffected sgt dgn kemerengan dan kegilaan kami bila wktu2 yg stress.but lately ni ummu dah mcm kurg 'shield' tu.haha.paling teringat reaksi ummu masa kami ajak dia g makan mekong thai.haha comel ummu.ummu ja yg buat kos lain which is dentistry and kami ber3 buat biomedical sc here in  uni of adelaide.being a dentistry student,ummu la yg kuar umah paling awal and balik pling lambat.kdg2 xjumpa ummu lgsung that day sbb kuar awl sgt n balik lwat sgt.ummu kdg2 can be very blurr and slalu gopoh gapah.haha.trait pling best ialah 'selalu xbawa kunci umah'.haha.clumsy jga sket tp kalau skali dia kmas dapur mmg cuci la...my dearest ummu,i'm sure gonna miss all those and ib mesti rndu juga ketukan ummu kat tingkap bila ummu lupa bawa knci.hehe.jgn lupa bawa kunci eh nnt

huhu..dah.xleh nak tulis dah.sebak.mungkin rmai yg tertya what with this emo entry?kan taun depan jmpa depa lagi?hmm..itulah maslahnya.yg tu la yg xpasti lg skang,honours year aku.kalau ada rezeki,tahun depan jmpa lagi,kalau xdak rezeki,mungkin arini ari last aku jmpa depa before aku balik msia.BACK FOR GOOD.aku pn tatau mcm mana lagi.huhu.sebb tu aku EMO.huhu

there goes my last tissue sheet.huhu sob3.apa2 pun,always remember that i love u amie,peteh n ummu.ALWAYS!


from back:fatihah,ummu,ibtisam,ahlami

Saturday, December 12, 2009

salam takziah



TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

sedih.sebak.pilu


itula yang aku rasa masa mula2 baca psai berita ni..aku rsa bukan aku sorg,tp semua yang baca pun pasti berkongsi rasa yg sama.Ya Allah,ksian sgt kat kak Teh Afifah Shahirah ni..tu perasaan aku yang baca,perasaan kakak ni yang lalui lagi la maha hebat.Allah....xdapat nak bayangkan.sakit menanggung rindu.perit,sakit,pedih.huhu


Personally,aku xknai pun kakak ni and arwah suami dia.kalau ikut news,dia student OZ,tp aku rsa depa tersalah tu,sbb dia kat Auckland NZ.apa2 pun mmg bsaq sungguh ujian Allah bagi kat dia.bru 3 jam kawin,diulangi 3 JAM,inai pn dok merah menyala lagi kat jari tu tup tup,suami yg baru sah dikahwini eksiden.eksiden pulak yang p meninggalkan dia.untuk selamanya.ya allah,tak tau nak describe mcm mana perasaan.teriak juga la aku masa baca news psai ni semalam...sedih sangat.huhu

aku berdoa smoga kak teh ni tabah dan redha atas ujian yang Allah bg kat dia ni.lagi bsaq iman org tu,lagi bsaq ujian Allah bg.salam takziah.innalillahi wainna ilaihi rajiuun.semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.al-fatihah

p/s:in other note,kepada kamu tu,tolongla bawa keta elok2,berhati-hati.xyah la dok speed sgt.pesan kat diri sndri jga

Wednesday, December 9, 2009

hidup ni kan indah

salam

ni kira entry balas dendam sbb tnet dah laju..haha.lama kami bertahan almost 2 weeks kot sbb tnet jd slow sbb quota dah hbis.hello like 50gb in 2 weeks?hahah over btoi

gambaq byk tp dok dalam kemra xtransfer lgi.so mcm nak membebel ja la kat sni.i had some nice talk td about life.about my future life.and it seems so blissful.haha berangan p la kan.and now if anyone ask me 'how do i see myself in 5 years more'..i think i have got the answer.*praying hard*


looking forward?insyaallah.hahaha gatai

sometimes,i cant agree more with saying about "Allah hilangkan matahri sbntar dan bg kita hujan untuk nak tnjukkan kita keindahan pelangi after rain.cantik,tp nak dapat kecantikan tu kena la ada hujan dlu and matahari pn kena la hilang sat.baru lah reflection tu can occur hence producing a beautiful rainbow".(org tua2 pesan jgn tnjuk kat pelangi nnt kudung jari.ahaha apakah kan).

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya
al-Baqarah:216

macam tulah hidup kita.keinginan kita mcm matahri.kita xdapat la tgok matahri tiap2 masa sbb kalau dak kita xleh la rsa keindahan pelangi dan kedinginan hujan.matahri tu mcm apa yang kita nak,and pelangi tu apa yg kita perlu.allah xbagi apa yg kita HENDAK tp allah bagi apa yg kita PERLU.kadang2 kita rasa satu benda tu baik untuk kita,tapi Allah as the creator tahu lebih psai kita.sbb tu dia xbagi apa yg kita rsa baik,tp dia bagi apa yang MEMANG terbaik untuk kita.


take a break..amik gmbaq dlu..hehe

oleh itu kawan2 dan diri sndri,usah keluh kesah kalu kita xdapat apa yang kita nak.sebab bgi allah,apa yg kita nk tu bukanlah yang TERBAIK untuk kita.so allah bg kita jalan lain yang insyaallah,akan mndatangkan lagi byk hikmah dan kebaikan di masa hadapan,yang mungkin kita xnmpk n sedar skang.it may take days,weeks,years,or maybe infinity sbb xkan nmpak kat dunia.tapi janji Allah kan pasti.so kita tunggu2 sama dekat akhirat la.kan lgi sweet mcm tu.surprise dr allah,after all who doesn't love surprise kan.hehe

ok la.mcm dah pnjang mbebel2 ni..insyaallah.jmpa lgi nnt.eh lupa.paling penting,nak pesan pd diri sndri dan smua.JANGAN PERNAH BURUK SANGKA DEKAT ALLAH AND JANGAN PERNAH PUTUS ASA DR RAHMATNYA.insyaallah,allah dengar smua doa.it is a matter of cepat atau lewat ja.

p/s:insyaallah will be graduating in this comng april.alhamdulillah lpas pnat2 n sedih2,bleh jga grad.hahah.and minta maaf la cmpuq hbis bahasa.huhu


feeling nur kasih sket,hehe
i've always love australia...yes i am.yet i love malaysia more!haha

Wednesday, December 2, 2009

comel

ada orang bising cakap post dlm blog xgerak.dok lekat kat post 'period2' tu.ahaha comel la kamu

ok ni ha dah update.aku masih kat sni.kat adelaide.mencari kekuatan.mencari arah tujuan.mencari wang.eceh.hehe.alhamdulillah sihat dan masih bertahan.terima kasih pada yang memberi sokongan.sayang kamu semua!

ada satu phrase ni yg aku suka."bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang".jangan putus asa.berusaha dan terus berdoa!mudahkanlah ya Allah.amin amin amin!

Sunday, November 22, 2009

crap

i just dun have any more words to express my feeling.i know i shudnt be like this but deep down i just cant lie to myself.its a love hate relationship.period.

i want mama n family.huhu

Monday, November 16, 2009

Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia,aku pilih derita

salam

some quick updates(quick sbb malas nak type pnjang2..hehe)

1)dah habis exam.yay!alhamdulillah summalhamdullilah.it was hard i can tell you.tp nak wat cmna,dah lepas pun.doa n tawakkal ja la.doakan saya lulus ya smua.amin

2)eh bru sedaq.dah hbis undergraduate year!!!(unofficial la)..hehe xkira nak habaq juga.=p.ALHAMDULLILAH ala kulli hal

3)hbis exam=cuti.tp xtau nak buat apa.shopping sgt pn xleh duit xdak.hmm.nak jalan pun panas sgt

4)adelaide panas gila!siyes xtipu.3 taun dok sni,taun ni la paling panas.kalau boleh xmau pakai baju.hahahah.as if can la kan.nmpak hikmah la mama n family xjd mai.klu dak sian kat depa panas ni,mana da ekon

5)kepada yang masih exam,slamt stdy.cuba yg terbaik=)

6)rindu mama baba.eh kepada BABA SAYANG,HAPPY BIRTHDAY!!!!esok chek tepon na.malam2 ni ba dah lena kot.ngeh3.i love u mama baba!(16 november is my baba's birthday)

7)aku nak balik kawin

sekian

p/s:tajuk tu from derita merindu,ahli fikir.lgu dia best

Friday, November 13, 2009

ma`attaufiq wannajah al bahir sham...!!

i think it`s not too late 4 me 2 wish cik snyum best of da best n da very best n d great luck in her exam...precisely her final exam kan d uni of adelaide...
juga untuk kwan2 cik tsam ea...hopefully u all will perform d best n earn d outstanding result...
wateva d result...congratessss!!!!!
(sgt terasa nk bediri depan cik senyum n pelok dy,n ckp bwat elok2 exam nie..last dh nie)..but what can i do...juzz wondering~ =))
aku sentiasa ja doa kt hg sham...
...all da best kak...

Monday, November 2, 2009

fuuuh!

ok SWOT VAC ok skang SWOT VAC...swot vac tu apa?mcm study leave ah
pham x?stdy leave before exam tu.
aku exam minggu depan..ah means start mngu depan.dan insyaallah habis keesokan harinya
bukanla brmksud exam selama 48 jam terus..tidak tidak
mksud mcm ni:

12 november 2009-paper physio pkul 9.30 - 11.30 am
13 november 2009:pharmacology 2-5 pm

eh,2 papers ja?ya saya.2 paper sahaja.hahaha.tp hat 2 paper ni la hat dok serabut ni back to back exam.tapi xpa..kita usaha selagi boleh.klu tertidoq smbil baca tu pn kira usaha jga,leh energize badan.kan kan?uh excuse ja tau.haha

ok la kwan2.meh nk bg jampi sebelum exam.nak dak?....fuuuuh!kalau beramal insyaallah berjaya amin.





Maksudnya:Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


mengada nak jampi2 pulak.usaha,DOA, n tawakkal.tu lgi best dr jampi2.ok!smoga berjaya smua orang!doakan kejayaan saya dan kwn2 na..ni final exam as in very2 final for our undergraduate years.terim kasih syg anda!

Thursday, October 29, 2009

..menarik...

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak
boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan
yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok
jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api
neraka
Di suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih
die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap
Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh
syoknye...
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang
jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla
bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn
asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas
ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya
nanti...

P/S - andai anda seorang wanita
muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita
berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat
Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...

++copy from facebook++
~menarik~

Friday, October 23, 2009

hari ini

4 .3.3.4
ahahah comeynyaa nombor
hey kamu..smoga sentiasa sihat dan happy selalu
semoga tercapai semua yang dihajati dan dirancang


each means everything.terima kasih untuk semua

Thursday, October 22, 2009

...inilah egypt...=)

salam smua!!sori cik snyum.lama x muncul.bz la hehe
cekyatt dh kt msir skrg slpas 3 bulan berpoya2 havin fun kt msia
mmg best!!!sgt2 best!!tersgt bestt~~sempat jd driver,bbysitter,chef mcm2 la..
btw skrg dh kt egypt,sgt rindu smua itu.oklah,entry kali nie just nk share pasal egypt..cekyatt rasa smua nie pelik n sgt enjoy tuk dcritakan.silalah baca.

1:jalan2 cari duit kat abbas `aqad

3rd day kt egypt,cekyat n geng plan g kuliyah.dlm klas student still xrmai sbb rmai lg still kt mlysia.klas physio n histo.ouh sgt boring hehehe
lap kelas histo n mnuju ke abbas sbb nk draw duit,satu2nya tempat yg atm hsbc buleh dgunakan..pg naek tramco aka van yg sgt ganas.bg mngelakkan jam,driver dy sgop ambek jln betentangan n revearse smpai jumpa simpang yg x jam!!kami yg duduk seat blakang skali sgtla cuak..hahahahah tgelak2 dalam tramco..adeh~
`ya `ustho.awal abbas ma`ak(ayt nk gtau kita nk trun kt cnie)alhmdlah slamat smpai
than jalan la depan stesyen minyak nie tau,pastu tpandang 1 bnda yg manrik.
kt cnie snow wash kereta smpai dalam kereta ke?hhahaha...



2:dlm klas biochem

1st time attend klas biochem
dah la xpaham,lectrer ckp laju gila hahaha
dgn slide kecik
tgh blaja,buleh plak pakcik nie baiki projector at the middle of d hall
sah2 la xtgok depan.dok tgok pak cik kt ats tangga,mana tau naseb xbaik tejatoh ats kita org ke...heheheheh



3:`ammu2 yg mmg soleh


crita nie xplik,walhal sgt soleh..
tp mybe plik klau blaku kt mlysia kot
`ammu(pakcik)kedai kereta nie sudah ja azan.trus solat jemaah
kt dpn kdai tu jgk!bagos kan..islam itu mudah
kita nie,ada tmpat n masa yg ckup,still jgk tinggal solat kan?huhu...



4:cari rak buku dkt TAKI

cekyatt n dba mnuju ke TAKI(kdai prabot yg mcm dh nk bankrup)hehehe
dgn misi nk bli rak buku yg murah
mcm ayt senario`wahhh luar setinggan dlm kondo`!!!
rupanya taki nie kt luar je mcm nk runtuh.kt dalam pergghhhhhh!!!!bajet org kya jela pg...akhirnya kami pulang dgn tgn kosong tnpa sbuah rak bku sbb mahal..he



5:histology 2nd year!!!


drawing yg sgt plik!!hahaahah
penat nk lukis...
lukis cntik2,lectrer conteng2 ja komen yg itu dan yg ini...sadis!!



entah2 cekyatt sorg je yg rasa benda2 nie plik...hehe
k la..out~

cekyatt
abbasiyah,cairo,egypt.

Monday, October 19, 2009

mengidam

sungguh!tak tipu.
balik haritu xdan nak cari.singgah dah kedai tapi tak buka lagi masa tu.
dah pesan kat orang tu suh cari pun xdak juga.xdak rezeki la kan.sob3

oleh itu,selepas menggoogle recepi,dan dek kerna mngidam lebih pada mak2 lagi,
maka dengan ini dilncarkan misi membuat...
.
.
.

YONG TAU FU!

-harus berusaha mncari bahan mentahnya!!!yeah!-

aaa drooling..sedapnya...

Saturday, October 17, 2009

raya 09!

amaran:entry ini byk gmbaq yg size besaq jga.

backdated entry i know but then who cares?haha

eh eyh eyh!saya dah hbis puasa 6 today!buka puasa kat umah kak falah n abg rm td.yay alhamdulillah.eh tp niat tu niat posa ganti ah,cuma harap2 allah kurniakan pahala puasa enam juga la.boleh kan?harap2 dapat pahala2 byk2 juta lemon.amin

mmndangkan syawal hanya tgal 2 hari lgi,(harini 28 syawal),so rsa nak buh gmbaq2 raya dlu la.eh shaye balik raya tau aritu,haha.malu2.(note to zul:tsam balik ah.muka terkejut gila haritu,sgt xleh blah.haha).mmg ah plan asai xmau balik tp apkan daya,kasih syg dan harapan tinggi seorg ibu perlulah dipenuhi.haha

ok ah.meh kita tempek gmbaq raya noo.gmbaq adalah (mugkin) mengikut kronologi

being greeted with a bouquet of roses as u step at your hometown.cmna?
cant ask for more dah.best woo.haha

malam raya.tuan majistret bawa balik byk gila mercun.men smpi cemuih
latest addiion in sheikh mae n kak yah's clan,ISMAH AUNI.
comey geram aku rsa nak cubit gigit smua ah

full house.tema biru.ok aku pelik sket tdung htam.
xyah ah nak cakap aku weirdo bibik segala.haha

oh syahdu2.sob3.pdahal mama excited gila nak amik gmbaq.haha.
oh bertelkung putih tu adalah tok saya

marriedsingle,married,married,married,single

ini hana(bkn yg biru blkng tu.tu watak tempelan.haha)
aku yg multitasker.haha

geng sekolah lama,sek rendah doluuu

smbut bsday jijah.sedap woo cake.riuh umah


ah penat dah buh gmbaq.ckup ah dlu tu.ok bai.salam.haha


Saturday, October 10, 2009

yang terakhir,mungkin?

salam

kehidupan diteruskan mcm biasa.now back in adelaide after 2 weeks holidays in hometown aloq staq.balik raya.seronok sgt,cuti 2 mngu rsa mcm cuti 2 bulan.maybe ni kot yg org dok kata quality time,not quantity.jmpa mama baba,anak menakan baru ismah auni yang sgt cumel,anak2 manakan,kwn2 terutamanya pgantin bru siti nabilah.wpun sat ja jmpa tp best sgt dpt catchup life ngan best frens.

next week ada presentation,mcm ni la life as students.assignments,test,presentation exam.bila tah nak habih.ha ha ha.la ni jasad ja ada kat adelaide p hati tertinggal di msia.rindu.

ni final year dgree.tahla apa nak buat after hbis ni.sambung hnours?balik msia?buat masters kat msia?kawin?wallahua'lam.serah pada takdir ja la.aku jnis ikut flow,spontan.xreti nak planning2.i feel comfortable that way,less stress.

doakanla yang terbaik yang allah tetapkan untuk aku.tahun terakhir di sini.mungkin?

Thursday, September 10, 2009

nostalgia bulan puasa:perantau

assalamualaikum wbt

apa khbr smua?smoga sihat2 selalu dan diberkati allah dlm bulan ramadhan ni.aku alhamdulillah sihat2 saja.berpuasa dan insyaallah dan puasa smpai habis bulan ramdhan...uuuu sedaq xsedaq hari ini dah 20 ramadhan bermksud dah 20 hari kita posa(kalau xponteng ah kan.haha).malam ni malam ke 21 so malam ganjil,dan dalam fasa 10 terakhir,mungkinkah lailatul qadr?wallahua'alam.kita beramal ja la,klu dpt alhamdulillah.klu xdpt,doa sguh2 bg dapat jga.haha

huuuu sob3.my faveret.pucuk paku

ini lengkuas ya rakan2

ok,dlm siri nostalgia bulan puasa ni,saja la nak crta pengalaman puasa jauh dr family.aku dr kecik xpenah jauh ngan family.drjah 1-6 sekolah rndah kat umah ja,Sekolah Kebangsaan Langgar.masuk sek menengah maktab mahmud,ting 1-6(sat ja).so xdok asrama n sah2la buka posa d umah kan.tp masa aku from 4,ada la sorg ustaz ni nama dia ustaz hussein,dia kawan baba, dia ajak kami(geng2 bas skolah) p sekolah agama hat dia urus,posa d sana and p hapai quran.xla jauh sgt dr umah,kat area kuala kedah tp still xleh balik umh,kena posa kat asrama dia.huhu.orang len p hapai quran aku plak p ntuk tengok org hapai quran,hahah.pastu tiap kali tasmi',mmg fail ah.pdan muka aku,haha.makan kat sana mmg best ah,kami yg kena prepare masak2 smua tp xmasak,tlong ja.makan pulak dalam talam besaq,bertimbun nasi.sedaap.tp sedap2 mana pn tetap tgu weekend sbb nnt baba mai amik,boleh posa n makan kat umah.weee best wooo.sian jga kat mama tp sbb dah jnji ngan ustz,so kna ikut la.


ni kat cafe monash cndo..cri gmba len xjmpa.haha

second time berjauhan msa posa adalah msa d sunway college.time ni mula otai,pndai dh selok belok kota raya,hahah.dlu kat sunway xbyk choice sgt sbb kami geng mskin mana ada keta nak p jauh2.yg ada cuma,bas,taxi atau jalan kaki.so dahla penat posa kan,kami opt untuk beli makanan kat medan ja.tgahri tu beli siap2 untuk buka.xpun beli kat restoran hasra(ami,aku ingt dah nama dia) beli nasi greng atau nsi cmpuq,or other option beli nasi yg ustzah yazil juai with sahabat.so makan ja la apa yg ada kan.kalau kaki tu rajin terlebih,jalan la p pasar ramdhan kat taman depaaan sana.jauh woo jalan.paling mlas lagi beli ja kat cafe kat bwh kndo atau pn monash cndo pya.sedap tp mahai la sket.tahap amat malas lagiii,n jimat,masak nasi ah n greng telur ka ayamas ka.hahaa.stendet ah tu

ni kat medan sunway.sedap n rndu msakan pak cik.huhu

n latest ni,posa di adelaide.ni dah start rsa mcm mak2 dah.nak beli xdak pilihan sgt (yg kena ngan perut la).so nak x nak kena msak la sndri.time2 ni la mcm2 pulak rsa nak makan,time ni jga la boleh tgok bgaimana handphone melekap kat telinga msa d dapur sbb dok tepon mak tya resepi.hahaha.kalau kredit xdak tya la cik google,apa lagi.hihi.cuma kdg2 weekend ada jmputan buka posa beramai2,xpun ada kawn2 jemput buka posa.walaupun kat msjid ada buat jamuan bka posa,tp aku xnah g lg.teringin gak nak try bila2 nnt,la ni xdan nak p lagi.best sbnrnya bila msak sndri ni,rsa puas hati.xsedap tu besa la kan,hahaha.kata amatur,tp lama2 cuba insyaallah koi jadi la.so jgn risau untuk mencuba,xsedap buat lagi nnt.hahaha


ni masak sndri masa 1st year.rsa xyah tya.mesti ckp sdap pya.haahahah

p/s:huhu..rindu kwn2 sunway.rndu umah jga

Wednesday, September 2, 2009

nostalgia bulan puasa:makanan

Kalau bulan puasa macam ni,selalunya mama akan masak2 sedap sja.mmg ah selalu pun masak sedap dah kan,tp bulan puasa ni akan jdi extra special.mama jenis yang xsuka beli makanan kat psar ramdhan tu,dia lebih suka buat n masak sndri.SEMUA ok.ulang suara,SEMUA.be it lauk,kuih,nasi,air smpai klu kurma tu boleh tanam,aku rsa lama dah baba tanamkan,haha. antara semua adik beradik(perempuan,abang x kira sbb mmg dia malas), aku la yg paling x rajin sekali.keh3,selalu ngelat nak masuk dapuq lalu meberikan alasan nak mengasuh anak2 sedara yg masih kecil,di mana mmg sayala yg paling suka melayan mereka mmndangkan mak su nya garang.hahha

Msa nak dekat sywal tu paling best.bila smua adik beradik balik,FULL HOUSE la jadi.dr yang paling tua tok n wan smpailah cicit2 yg kecik tu.bising jgn kata la.lauk mcm2 jnis ada.mcm tahun lepas,bila smua adik beradik ada,mama masak byk gila lauk.ada 5 jnis lauk utama sbb 5 org anak suka lauk yg berbeza,terharu gila masa tu.tu xkira g kuih muih,air berpa jnis,murah rezeki la kira.bila tya mama knapa masak byk2 ni, mama jwb:“ya la,anak2 smua suka hat len2.xbuat satg kata x aci”.hahhaa.comel sguh,penat oo nak jaga hati anak2 ni kan.

Malay proverb pnah kata kan,mana tumpah kuah klu x ke nasi(eceh jdi ckgu ni..haha).aku rsa mma mmg dlm genetic dia la.sbb wan(ayah mama) pun sama juga mcm mama.tok(mak mama) pun.klu bulan posa,wan suka buat air tebu.dia mesin sndri ok,bkn gna elektrik sbb gna mesin nak yg nipiskan getah skerap tu bkn mesin elektrik yg mcm la ni.tp wan dah ubah suai jd mesin perah tebu la.guna keringat sndri nak pusing handle tu manually,dgn tebu yg tebai.mmg pnt ah aku pn pnah try.xtahan lama2,lenguh.tp wan steady ja,umur pn bkn muda dah.Cuma lpas dia kna operate jantung tu,dah xbuat dah sbb xlarat la.sedih tp xpala,la ni baba tebang je pkok tebu kat umah n hantaq kat pasar malam,byr upah mesin ja.sedap jga,manis rsa.Cuma xdak sentuhan kasih syg wan ja la.haha.

Pnjang pulak entry,besala bila puasa jauh2 ni,teringat rumah.insyaallah,ada rezki dan buka puasa ngan family nnt!yeay.anda mcm mana?hehe.meh kita tempek gmbaq sket


ni gelas rasmi buka posa.mngkin kena beli tmbah bru,sbb dah ramai ahli.haha

iftar jamaie..haha

ayam bakaq..aduii

ok this is my faveret..kerabu pelam!hoho


p/s:yat,mama masak apa today?sedapnya..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...