Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Hari ini seorang aku berusia suku abad

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kemarin 16 Ogos 2012 menandakan genaplah 25 tahun Masihi aku dilahirkan oleh mamaku ke muka bumi ini. Tak pernah tersangka dalam hidup aku bahawa inilah perasaan seseorang yang berusia suku abad haha...Dulu masa kecik-kecik,kalau dengar orang tu habaq usia dia 25 tahun, mesti aku rasa 'eh dewasa (aka tua) dah dia ni' hahaha. Now bila diri sendiri sampai fasa umur 25 ni, rupanya-rupanya perasaan seorang yang berusia 25 tahun adalah agak sama sahaja seperti ketika berusia 24 23 atau 22 tahun hihi. Tidaklah tiba2 badan menjadi automatik mebongkok atau automatik bertambah sedikit kedutan dek kerana telah berusia 25 tahun haha.


Ianya perasaan biasa cuma rasa sedikit special kerana tarikh lahir. Tidak terlalu teruja, namun gementar. Ya,gentar apabila memikirkan betapa aku sudah menghabiskan 25 tahun tapi aku sendiri macam tak tahu apa pencapaian aku. Bagaimana dengan masa depan aku, bagaimana akan aku habiskan 38 tahun yang akan datang kalau dipanjangkan umur (mengikut sunnah umur Rasulullah; itupun tolak lagi berapa tahun sebab ikut tahun hijrah). Tapi aku pasti, setiap apa yang berlaku dan akan berlaku adalah terletak dalam rencana Allah yang maha hebat dan maha sempurna, jadi aku selaku hamba ini tak perlulah gelabah kerana sesunggahnya Allah is there, always there for you. Dia tahu apa yang terbaik,perkara terbaik, cara terbaik,masa terbaik dan rencana yang paling indah untuk setiap kita semua

Masa tarikh kejadian, macam biasa encik suami gigih tahan mata sampai pukul 12 untuk wish dan nyanyi yu yu (happy birthday to you). Tskk terharu haha, thank you yayang!Balik kerja dapat hadiah dr encik suami hikshiks syioookkk..Pastu keluar p dating berbuka puasa di House of Nasi  Kerabu yang sangat sedap nasi kerabunya. After that, shoot p surau sbb ada dating lagi, kali ini dengan Ustaz Don pulak. Terima kasih ustaz sebab susah payah mai nak sambut hari jadi saya haha. Nasihat-nasihat ustaz InsyaAllah akan kami semat dalam jiwa cewah haha.

tempat dating hari kejadian

Ucapan Terima Kasih untuk ahli kluarga dan mentua juga yang wish, adik beradik aku yang best, rakan yang wish kat facebook whatsapp apa semua perisisan guna internent ni, terima kasih tapi aku xleh nak buka lagi sbb tnet blum masuk kat rumah.Sangat2 menghargainya!!Seriyes best hampa semua haha. Moga Allah merahmati kita semua dan mengurniakan segala kebaikan kepada  kita.

Happy 25th birthday to myself!

p/s:malam ni insyaAllah akan bertolak balik kampung. Yayyy nak rayaaaa!!!Tapi sedih jga sebab Ramadhan nak habis dah..dan aku masih mcm ni...


Wednesday, August 8, 2012

cerita dok bersiap nak hari raya

Assalamualaikum

Tudia meriah opis dengan lagu-lagu raya yang dipasang oleh rakan-rakan haha. Masing-masing pun nampak excited nak sambut raya kali ni.Aku pun dapat juga stok lagu raya dari En Aziz,tukang supply lagu di sini. Macam biasa selalu gak dok play lagu raya favourite saya, Aishah Pulanglah..Tak taulah kenapa suka sangat lagu tu,sebab mcm sedih-sedih kot lirik and lagu dia haha.

Cakap pasal lagu raya, teringat pasai preparation raya kami suami isteri tahun ni.Alhamdulillah, tahun ni murah rezeki dengan kerja baru, tambah pulak bonus dari kerajaan walaupun belum masuk lagi. Encik suami punya bonus belum tahu lagi dapat ka tak,tengah dok bodek boss haha harap-harap adalah rezeki mereka tahun ni...Rasa excited pulak bila dapat pegang dan rasa duit hasil titik peluh sendiri. Allah murahkan rezeki, jadi tahun ni dapatlah kami pun berkongsi serba sedikit rezeki tu bersama ahli keluarga tersayang. Sungguh best perasaan dapat beli baju raya untuk mama baba,mak ayah adik rupa-rupanya hahah.Berjam-jam dok dalam kedai, nasib baik encik suami pun sama join excited barulah syok nak pilih-pilih haha.Kakak pembantu pun sangatlah cool, xdakla dok pressure2 mcm selalu dok dapat bila mai j*kel ni haha. Walaupun bukanlah harga riban-riban mcam pakaian rekaan designer  terkenal, tapi syukur bila mak ayah mama baba senyum dan happy dapat tanda ingatan kecil dari anak menantu depa ni. Betoilah kata orang, senyuman ibu bapa itu tidak akan dapat ditukar dengan wang ringgit dan harta, puas hati rasa dapat membahagiakan depa. Takpa, duit boleh cari lagi, lagipun bak kata ustaz, duit dalam bank tu bukan lagi jadi milik kita sehinggalah kita membelanjakannya hehe(alasan)

cukup korum..gambar raya tahun ni tambah si afaf hehe

Dok ralit beli kat orang lain, bila balik akhirnya aku baru sedar yang baju aku sendiri belum ada yang ikut tema haha..Abang najib semangat lebih tahun ni jadi penganjur lalu menetapkan untuk kami adik beradik sekeluarga berpakaian dengan tema warna royal purple. Baju melayu encik suami dah ada, baju aku ja belum. Oleh itu, ada alasan yang kukuh untuk menerjah tempat paling digemari rakyat malaysia iaitu Jalan TAR!hahahaha. Ok set nanti bila-bila sebelum balik kampung kita p ok b hehe. Tudung raya pun xdak lagi ni hewhewhewhew

Eh dok syok-syok cerita baju raya, puasa jangan lupa na. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir kan.Ramadhan tahun ni memang lemau sikit aku so kena lebih berusaha giatkan amal ibadat. InsyAllah, akan cuba yang terbaik dan semampu mungkin sob3..Mari ramai2 doakan saya dan kita2 semua agar beroleh kebaikan yang sama nilai dengan 83 tahun, melalui malam al-Qadr. Amin!

p/s:congrats untuk adik ipaq aku yang akan sambung ngaji p london!che min kak syam nak ikuttt hhahah

Friday, June 29, 2012

Thursday, August 11, 2011

Puasa pertama kami

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,harini dah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.Apa khabar anda semua haha?Harap-harap sihat dan sentiasa sihat untuk berpuasa no..Puasa tahun ini juga ialah puasa pertama aku..eh sat,xhabis lagi ayat haha...puasa pertama aku sebagai seorang isteri.hehe.N the same goes to mr husband,this is his first puasa as a husband.Syukur alhamdulillah.

Perasaan?Hmm special sikit la,rasa lain sikit...N paling penting puasa kali ni puasa kat Malaysia haha.Yang lain mcm sama ja haha. Mksud aku,kalau kata kena masak,dulu masa kat aussie pun kena masak jga untuk housemates,gilir2 la tiap hari.Cuma yang beza sikit kali ini kena bangun sahur extra awai sbb kena masak untuk mr husband..Mr husband pulak mmg jenis yang mangkit sahur(or soq orang kedah kata) so nak xnak kna la bangun.Masak cincai2 skit then siap la haha.

Dan tahun ni jga best sikit sebab p tarawih ada orang teman n tunggu.Mula2 dulu kami p tarawih dekat surau dekat2 ni ja,pastu next 2 days tu try plak kat masjid sirajuddin anuar dekat jalan besaq depan rumah.Then lepas tu terus decide nak solat terawih kat masjid ja sebab lagi best,lagi ramai,n lagi sejuk sbb ada aircond hahah.

Oklah,malas nak rembiang2 banyak haha.Untuk semua orang,selamat berpuasa dan selamat membuat amal ibadah banyak-banyak.Semoga semua amalan kita ikhlas dan diterima Allah SWT.Amin.



kawaiii hik3...selamat berpuasa pertama sebagai suami isteri sayang=)

Friday, June 24, 2011

Untuk lelaki yang pertama dalam hidup ini



Dear my hubby habibi,

Tu dok tengah sengih-sengih lah tu kan bila baca ni kan.Hahaha nee tau la bee tu=p...Sengih2 lagi?Haha ok la bagi chance la sengih banyak-banyak.Lagipun, nee suka lagi tengok awak sengih,hilang habis mata-mata hik3 comeyy sangat!Hmmm,hari ini 24 Jun kan,hari apa tah?Hehe ya ya sayang tahu=p...

B tau kan,Nee selalu dok berangan kalau lepas tengok cerita drama or filem( I know u knew haha)..contohnya:Syoknya Nora Elena dapat suami macam Seth Tan, syoknya Nur Amina dapat suami macam Adam..Hahah awak tak jeles kan,kan?Tapikan,hakikatnya, dalam hati nee, tidak akan ada lelaki lain yang setanding dengan suami nee ni, suami ne yang paling ne sayang paling nee cinta yang 11 tahun dlu dok buat nee tertunggu kat stesyen bus HBR kot-kot kalau boleh nampak kelibat awak. Bukan nak buat apa pun,nak tengok sekilas pun ckup la. Yang membuatkan nee excited nampak KV2087, yang mata berkaca di KLIA 5 tahun dulu masa sending me off, yang sabar dan tunggu nee,lelaki pertama yang nee rindu dan nee jatuh cinta yang Alhamdulillah, sekarang sudah halal menjadi suami nee, dunia akhirat.

Untuk suami yang tercinta, Mohd Ariff bin Ahmad, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 24 pada 24 Jun 2011 ini !Ini kali pertama kita sambut birthday awak bersama-sama kan and i am excited=).Sempena itu,nee doakan semoga Allah murahkan dan berkati  rezeki kita,dimudahkan segala urusan dan semoga kasih sayang b untuk nee dan kasih sayang nee untuk b kekal sampai syurga dan diredhai Allah sampai bila-bila. Terima kasih kerana sudi menerima nee and all my flaws, dan terima kasih juga kerana menjadi suami yang terbaik untuk nee. I love u sayang...

p/s: dahulu, nee ingat ne dah ada hadiah yang paling istimewa dah untuk bee.tapi as we both know, Allah lebih sayangkan dia. n nee believe He must be sending his love from jannah to u on the day of your birthday...
p/p/s:happy 6 months wedding anniversary too sayang!

with love,
Ibtisam Ismail



(Nee tulis dan padam,tulis balik padam tulis n padam tau untuk entry ni. Sebab nee xtau apa ayat yang terbaik dan paling sesuai hihihi)

Thursday, May 26, 2011

150 days of summer

Assalamualaikum

Alamakkkk terlepas 2 hari sudah!haha..sebenarnya entry kali ini nak tulis pasai our 150 days of summer cewwah haha aka 5 months wedding anniversary tapi nampaknya dah terlajak jadi 5 months and 2 days..kira aci la kan haha.Biasala,perempuan ni  kan very meticulous dalam hal-hal ulanghari,ulangbulan dan ulangtahun ni.So aku dok bising-bising kat Encik Suami wish dia selamat ulangbulan ke 5 bee on 12 am 24 may haritu!Dia pun balas la dalam mamai x mamai lepas aku wish tu haha.

Encik Suami tu dok pelik aku dok wish apa,bukan setahun lagi kan. Aku pun dengan yakin balas la memangla x setahun,tapi nak wish bulan-bulan n today marks the fifth months..lepastu,lepas dia dengar,ada ka patut dia balas,"Kalau macam tu,baik la wish hari-hari.Lagi best",pastu dia gelak besar.. T_T...sob sob sob owh menangis batinku mendengar jawapan bernas beliau itu haha.Suami suami,seb baik comel kih3.

Tak reti nak tulis yang mellow-mellow tapi untuk Encik Suami, nee nak wish again Happy 5 Months 'Anniversary'!haha..May our love last till jannah.I love you so so so much!Thank you for being the bestest hubby and pandang sebelah mata(kadang-kadang macam 'buta' terus) segala kesalahan dan kekurangan nee selama ini hehehe.Jomla p Korea lagi hahahhaahhhaha nnt kena katok la ni haha.I LOVE U abang!


rindu saat ini..hehe

p/s:harini nak buat ikan cencaru sumbat requested by non other than Encik Suami memandangkan stok ayam sudah berkurangan dalam peti es...owh and Happy Thursday people!puasa dak?hehe.saya puasa(ganti la tapi) haha

Friday, May 20, 2011

Menjengah masa depan

Assalamualaikum

Udara sekarang adalah nyaman kerana hujan baru sahaja turun mencurah-mencurah bagaikan mutiara membasahi bumi ini ahai seronok kalau boleh tiduur hehe. Tapikan, alahai,aku baru saja basuh baju dan belum dijemur lagi,macam mana tah?Hmm,jemur esok sajalah untung2 esok panas. Kalau x panas juga,terpaksa mengaplikasikan pengunaan mesin basuh dengan fungsi microwave melalui cara membiarkan pakaian di dalamnya dan ia secara tak langsung akan menghangatkan pakaian seterusnya mengeringkannya. Haha tenang tenang. Itu gurauan sahaja untuk menceriakan hati kita walaupun aku tahu ramai juga yang dah buat macam tu kan tak payah tipu hihi.

Lama tak menulis.Aku macam ni lah,masih setia melewati hari-hari sepi di sini hahah.Perihal kerja? Masih mencari dan menunggu. Tapi aku rasa aku lebih banyak menunggu daripada mencari kerana aku ini jenis yang mudah berharap dan kuat berangan. Masih tidak pasti dengan kehendak hati sendiri,loghat-loghat.Kalau ada sesiapa nak tawarkan kerja kosong,dialau-alukan. Tapi kena lihat juga kerja apa haha mengada-ada.

Keluarga?Alhamdulillah semua sihat-sihat sahaja.Terkejut bila 3 hari yang lalu dapat panggilan telefon daripada mama memberitahu bahawa beliau dan baba kini sedang berada di airport Penang untuk bertolak ke Sarawak bercuti. Pergh,p honeymoon kot tu hahah. Mama,tak perlu la susah-susah beli ikan terubuk ke,ikan masin ke tapi kalau dapat kek lapis pun cukuplah ok!Hehe.Mak,ayah dan ibu serta bapa saudara(sebelah Encik Suami) akan bertolak ke Mekah minggu hadapan maka kami selaku abang dan 'kakak' sulung akan pulang ke kampung(yayyy!) melihat adik-adik sebelum kakak kedua iaitu si adik ipar mengambil alih tugas menjadi ibu dan ayah kepada sepupu sepapat haha. Good luck Adibah!=)


Ya Allah lagi satu,undangan perkahwinan bersepah-sepah ya Allah. Dan, aku sebagai diri aku sangat teruja kerana inilah kali pertama aku akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat sendiri selepas banyak kali terlepas dek kedudukan latitud dan longitud yang berbeza. Teringat masa kami dahulu hik3,mesti semua orang pun tengah sibuk membuat persiapan. Semoga Allah mudahkan segalanya ya!

Dan untuk Ira,terima kasih kerana masih sudi membaca picisan hati kak Tsam yang x seberapa ini hahah dan sudi menanti update-update terkini kes3. Malu aiii=p

p/s:tajuk macam gah haha.mcm besa xbest kalau xletak gambaq hehe

our sweet escape...with my mr sunshine=)

Tuesday, April 19, 2011

Fettucini Carbonara

Assalamualaikum

Petang-petang macam ni selalunya tengah dinner,tetapi memandangkan tadi encik suami sms kata dia balik lambat sikit,maka bertapaklah aku kat depan komputer ni sat.SAT saja haha...Tengok-tengok,dah lama juga dah x update blog ni,tapi ada ka orang nak baca haha.Tak kisahlah kan ada ka dak, bak kata Aina "I write to express,not to impress".Like this quote,good one good one=). Tulis nak bagi kurang masalah hehe.

Haritu aku kata nak tulis entry pasal graduation kan.Alamak,macam malas la pulak..Hmm,tulis secara summary je la hehe:

  • Graduation diadakan pada 26 March 2011 di Ngee Ann Polytechnic,Clementi Road,Singapore
  • Kami; baba,mama,kak long,izzah,encik suami dan aku bertolak dari kl pada malam 25 hb tu menggunakan Air Asia then turun di Changi Airport.Pulang juga melalui cara sama pada malam 27 March 2011.
  • Generally,melalui pemerhatian secara kasar kami, kami simpulkan bahawa Singaporean(bukan SEMUA) adalah sombong dan mempunyai perasan sangat-berbangga-menjadi-rakyat-Singapura.Ada beberapa insiden 'naik hangin' yang berlaku sehinggakan menjurus kepada kesimpulan ini dibuat. Kebanyakan kaum yg kita tahu la paling ramai mendiami pulau itu. Sabar saja la.
  • Disebabakan attitude mereka yang sangat tidak helpful itu,maka proses jalan-jalan adalah agak sukar dan agak memberi tekanan haha. 
  • Alhamdulillah,dapat jumpa mosf of my frens seperti Ahlami,Fatihah,Syifa,Arshad,Mary,Iza,Izy,Yasmin dan ramai lagi.Majlis juga berlangsung dengan lancar
  • Makanan yang disajikan adalah SANGAT sedap!Mungkin juga sebab saya terlalu lapar hehe
  • Impian saya yang dahulu telah tercapai.Alhamdulillah ya Allah kerana memberikan kesempatan ini untuk diraikan bersama orang-orang yang tersayang.Juga bersama si kecil hihi.

Ok lah,rasanya dah menyimpulkan segalanya tentang perjalanan graduasi kali ini.Masa untuk gambar.Ayuh!haha








ok bye!salam

p/s:eh tajuk fettucini carbonara tu menu hari ini permintaan encik suami.hi hi hi

Wednesday, March 23, 2011

Monday, March 7, 2011

makan ikan bakaq!

hadis hari ini:


The Prophet Muhammad said,”When a husband and wife look at each other with love, Allah looks at both of them with mercy.” (Sahih Bukhari 6:19 Tirmidhi 14:79)
...
harini kita maju sikit ya sbb x tdoq lpas subuh.selalu lpas smyang mst nak lena balik.tp disebabkan today is monday,dia mcm culture shock sket sbb kna bangun n prepare brekfast awai untuk encik somi nak p keja,maka xboleh nak lena.esok mungkin boleh haha.buat bekai sikit kat dia supaya tidak kelaparan di kemudian hari.harap2 berkhasiat la abang na hehe


weekend yg lalu adalah weekend yg jenuhhh ngn makanan dan meriangkan yayyy.kejaaaaa makan ja.the best part is mak teh yang belanja!haha siap p makan ikan bakar kat pantai remis lagi.best sgt kat tepi pantii angin sepoi2 hupppp huppp..makan banyak x sangga dengan chili crab,butter prawn,ikan bakaq,kepah,sotong,sayur,ayaq smapi 2 jenis.perghh mmg best btoi.kenyang sampai nak muntah balik haha.unfortunately x dak mentarang yg teh dok ngidam sgt so kemngkinan untuk another visit is pretty much high phewww phewwww sedappppp=p.ni nk kena ajak abang najib n kak firah p ni.kalau mama baba n family mai mlawat nnt pn bleh bawa jga p,sangat berpatutan hrga,nice ambience,servis pantas gila and xlupa,makanna dia sedap.


weekend yg lalu juga kami teman mak teh untuk amik her new car.maka merasa la kami naik keta honda city baru mak teh p jalan2.syok ooo bau kedai lagi haha


meh calit gambaq dua  tiga keping hehe 


naik keta baru ni maka chewiii haha

perghh perghhh segar dari ladang..eh laut!

ok cik adik ipar dan mak teh tgah ready2


ok makan haha
mak teh tukang belanja bersama anaknya yg shomelllll cik iris sofea.thank you teh!

"ayishhhhh!!!"..usik skit ja dan2 nak gelak haha

err...kami
eh kami lagi?haha

makan banyak2,tapi aku timbang dok taghaa tu jga wahahahahah sila tampaq laju2





Thursday, February 24, 2011

Untuk Abang Sayang

Assalamualaikum,

Untuk Abang Sayang Mohd Ariff Ahmad,
Untuk segala kekurangan,nee harap abg dpt maafkan
Untuk segala permintaan nee yg x masuk akal, abaikanla xpa nee x merajuk kekal=)
Untuk segala usikan dari nee,enjoylah nee tau abang suka kan
Untuk segala kemengada-adaan,nee tau nee comel,kan kan?(hahah)
Untuk segala kemalasan, nee tau abangkan rajin,abang tolonglah nee settlekan,
Untuk segala merajuk, thanks sbb abang cuba pujuk walaupun hanya peluk=p
Untuk segala kesabaran daripada abang,itu yang buat nee lagi sayang abang
Untuk semua kasih sayang abang dan cinta, nee berdoa moga Allah redha untuk kita sampai syurga

Untuk Abang Sayang  Mohd Ariff Ahmad,
Abang tau kan betapa nee cinta abang
=)
Terima kasih cinta, terima kasih Allah

inai dah nak habis.sob3

Tuesday, February 22, 2011

makan makan makan budak..eh silap.makan angin lah!=p

Assalamaualaikum

As the title goes by, we had just came back from an eight days trip to Seoul,South Korea hence explaining the silence of not updating this blog(huhauahua pdahal malas). The trip was awesomely awesome!! Definitely a must-go-again destination in future hehehe,boleh kan abang?BESTTTTTT SANGAT

The trip was actually a honeymoon trip for both of us. But then it turned out to be a small family trip with my parent joining in first then dragging along my little sister who are not that little anymore together. It was a sudden decision as she came back from Egypt after the riot so mum decided to bring her along and she herself decided to tag along too!haha sibuuuukkkkk ja kan yat ni. Nevertheless,we had so much fun there with so much  beautiful sceneries and the madness with all the cute things available at namdaemun market and also daiso,nasib baik xkaya kalau x dah lama borong banyak!hahaha.woman=shopping.tehehe

We visited several cities there such as Seoul, Itaewon, Nami Island and also small cities along the journey to the Nami. MasyaAllah, the sceneries were breathtaking! Snowy mountains were like all there along the journey to the Naminara, with the sun light shining upon it. Subhanallah,awesome!Best sgt.putih ja..Alhamdulillah, Allah bagi peluang dapat rasa bermusafir di negara orang=)

Hence, the special dedication to my lovely husband, Mohd Ariff Ahmad, thanks for making my dream comes true. I love you very very much muah muahssss beeee!!! You are the best sayang awak banyak2! And also, thanks for always putting up with me,sorry Sayang suka sememeh and suka merajuk hahaha. Merajuk2 pun awak sayang jga kan?bwahahahahah

ok bagi gmbaq sket la hehe



snow!

i love u abang busuk!

 lepak2

 winter sonata sikit

my precious...my life
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...