Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label australia. Show all posts
Showing posts with label australia. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

soo much things,so little time

random ramblings:
banyakkkkk benda nak buat and nak pkiaq ni.tulung2 adoi.

  • thesisi thesis thesis.thesis submission seminggu ja lagi,tp tulis pn xhbis lg.eh bkn tulis saja,experiment pn xhbis lgi kah3 giloooos.xpa buat takat hat buleh dlu
  • tiket aku p sydney xbeli lg.nak beli adel-melben-sydney so boleh jmpa kak long and fmly dlu and bawa makanan kat depa ka,or nak beli direct adel-sydney?haih.duit atau kasih syg?hahah
  • barang2 rumah nak buat mcm manaaaaa ni?ummu dah serabut sebab dia ja xback for good so kena setle sbelum dia balik.ada sapa dak nak beli katil,meja stdy,almari n macam222222 lagi.mai la umah tgok,kita buat garage sale.eh,umah sewa kat adelaide ni la.satg dok buat loqlaq p umah kedah plak.haha
  • kad kad kad.bila nak bg ni.alamat org lagi.huaaaaaa
  • nak buat apa lpas hbis hons?huhu.sv dok hint2 psai buat phd.suh apply schoalr sgala tapi..............hati mcm xmau.huhu
  • mimpi pelik2 la td.cuak aku.tamau ingat tamau ingat
  • homesick la weh!
  • rindu AR jga hahah.2m1w1d.wahahahaha (cuak balik tringat kat msia nnt laaagiiiii mcm2 kena buat.*faint*)
16 ocotober 2010
1315

Sunday, September 26, 2010

raya di perantauan,adelaide australia

assalamualaikum

seperti yang tertera di dalam tajuk,maka aku adalah bosan la ni.buka facebook cemuih,nak tgok crita korea xkluaq lagi new episode,layan lagu best tp dok ulang lagu yg sama ja sbb sedap sgt,haha so jd cemuih jga..thesis?malas.hahaha mmpuih gak esok nak prsent apa kat supervisor.data ada graph pun ada tp xtransfer msuk dlm word lagi.esok bru nak pulun smua ish.penyegan piang.eksperimen pun xjalan2 western blot oh western blot.hang jadi sndri la xbuleh ka?hahaha

ok la seperti yang diketahui tahun ni giliran raya di adelaide,haha.maka berayalah kami di sini dengan tidak kurang meriahnya.di pagi hari raya,selepas siap mandi dan bersiap2 dgn baju yg bukan baju raya tp masih mcm baju raya(hek3),lalu memanggil2 rakan serumah untuk makan bersama menuruti sunnah nabi.bising mcm d rumah msia jga haha.lpas tu p masjid smyg raya n balik msjid p open hse umah kak lin dr zaki.then p jalan2 umah kawan2 sperti umah kak lin,umah paim,umah aisyah  dan umah dilah.mcm banyak bukan,oh jangan tertipu.mereka sebenarnya tinggal di rumah yg sama.haha pastu balik umah masak untuk closed event open hse kami.hahaha.open house tp closed event sbb xleh nak ajak smua xlarat nak smak byk2.hat ni saja pn dlm 50 orang.alhamdulillah kami masak nasi tomato,ayam msak merah,acar,dalca,kuih raya dan juga bunga api.hahaha

keesokann harinya yaitu hari raya kedua dipenuhi dengan aktiviti knvoi ke rumah2 rakan2.open hse jga la.makan lagi.sebanyak 6 buah kereta dlm knvoi kami dan mnju ke 4? buah rumah.makan mcm2 smpai kembung perut.haha.pndai msak sungguh sedap xterkira nnt ajak lagi.hehe.last destinasi adalah the village,tmpat tinggal(?) asrama official uni adelaide.makanan byk jga tp xlarat makan dah.aku makan buah labu yg ada telur,sedap.pastu balik umah dan lena hehe

ok setelah itu,marilah kita melayan gambar pulak ya



Masjid Khalil Adelaide

x-Sunway

housemates terchenta

pesta bunga api

ibtisam,ahlami,adlina

antara tetamu2 open house kami


 makanan makanan makanan


selamat hari raya!

p/s:banyak gmbaq mesti berat nak load kan klu tnet slow.hahahaah
p/p/s:ni psaipa gmbaq pecah2 ni,boleh upload byk2,jd pecah2 plak dah google ni.biaq p la

Friday, August 27, 2010

entry hari lahir..yg terlambat haha

assalamualaikum..selamat berpuasa rakan-rakan tersayang!apa khabar puasa anda?brapa orang sudah bolos puasanya?haha.hat laki jangan dok gatai angkat tangan nooo,tibai sat lagi.orang peremfuaann xpa la.nak ngaku angkat keyboard pn xpa.kita kan allah bg mc.hehe tp jenuh nak ganti la nnt kan.

tajuk entry mcm apa ja.haha..sbnrnya nak crita psai birthday ni (wpun dah lepas).tahun ni puasa special sket sbb birthday aku jatuh dlm bulan ramadhan.eh ka birthday tahun ni yg special sket sbb smbut birthday dlm bln puasa?hahah payah dok kona ayat.kira sama la kot tu noo.tp bottom line nya nak kata ni 1st time sambut birthday dlm bulan posa la,takat hat ingat la kan.masa kanyiaq2 kecik dlu xingt la mcm mana.(meluat dak dok crta bithday sndri hahaha biaq p la blog sndri kan)

alhamdulillah, diberi nimat hidup lagi.after 23 tahun masihi dilahirkan dan 24 tahun hijri dok menghirup udara di bumi Allah ni.bersyukur atas semua nikmat yg ada.tarikh lahir aku dlm srt beranak adalah pada 16 ogos 1987.xtau la lak diperanakkan pada waktu pagi ka malam ka petang sbb xcatat dlm surat branak.eh tp rsa mcm pagi,koi 3 pagi kot.alhamdullah,selepas 23 tahun kejadian aku diberanakkan ni,ada lagi insan2 yang ingat n smbut birthday.haha TERHARU!

terima kasih la diucapkan kepada keluarga yg terchenta,encik tunang,housemates2 dan rakan2 lain yg wish dan smbut birthday ini..seriyes terharu and xsangka pn ada celebration.ingtkan tua2 ni dah kurg meriah la,tambah2 pulak bulan puasa kan.ni yg extra sayanggg kat kamu2 semua ni..yang paling best p buka puasa kat Bromptons tiba2 ada org nyanyi happy birthday.aku yg tgah makan ni brenti tya kak lin diam-diam "eh birthday siapa hari ni" malu la sbb xtau,dahla mai lambat p shopping.haha..then tiba2 dgar kat korus tu "happy birthday fahimah & ibtisam" .bila dgr tang fahim..tu dah tau dah sbb birthday kami sama tarikh.lepas tu brula eh eeh eeehhh birthday kami la!hahaha seriyes xsangka mula meghenyih xtahaannnn.hahha.sahabat2 sayang,anda smua mmg best la!terima kasih atas doa anda smua dan ucapan hari lahir itu.sya terharu benar!semoga allah juga memudahkan segala urusan kamu dunia akhirat.

paling best sekali dapat hadiah dr housemates.place mats and stick mix(hat ni mmg sriyes terkejut and gembira gilakk!).hahaha.semua pun gaya2 nak suh aku rajin masak agar mnjadi seorang isteri solehah mnjaga kebajikan sang suami dan menambah berat badan laki.haha adoiii la kaawan2ku.wish yg pling popular kali ni  ialah "slmt hari jadi yang terakhir sbagai seorang cik,taun dpan jd puan". -_- xtau nak kata apa.amin kan ja la.haha

ouh xlupa juga tenkkkkiusss untuk ahlami and adik gue yg tersayang imtiyaz atas smgat dedikasi mereka yg telah mendedikasikan ucapan khas sempena birtdhay beta.haha i love u moreee and moreee!ouh ini juga insyaallah kali terakhir smbut puasa dan birthday di perantauan.harap2 taun depan dpt celebrate bersama keluarga tersyaangssss dan juga sahabat2 terchenta.. eh tapi kan gmbaq2 kek and hadiah xdak lagi sbb xtransfer lagi.maafla,beta ni blogger xbrapa tegar.so pemalaih nak transfer gmbaq.tp xpa,untuk tidak menghampakan peminat2 saya(hahah syok sndri),saya hadiahkan sekeping gmbar ini hadiah dari hati.terimalah...



hahaha mencapab..ni idea imtiyaz la ni=p
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA !

27 August 2010
0030

Wednesday, August 11, 2010

dia mai dah!

assamualaikum

haa tudiaa!dia mai daaaah!!.."sapa ibtisam sapa?"tanya anda kepada saya.lalu saya pun menjawab"sapa lagi kalau bukan bulan ramadhan".ahlan wasahlan ya ramadhan(haha buat gempaq ja lebih) .alhamdulillah,allah kurniakan nikmat umur yang masih panjang untuk kita smua agar terus merasakan nikmat berpuasa di bulan yang mana terdapat berlipat kali ganda pahala untuk amalan yg dilakukan.bulan ramdhan juga terdapat padanya satu malam iaitu malam lailatul qadar di mana ianya lebih baik dari seribu bulan(lbih kurg 83 tahun..tah dan ka dak untuk kita hidup smpai 83 tahun kan).

oleh itu kawan,marilah kita sama2 ikhlas berpuasa demi mncapai standard piawian bulan rmadhan itu sendiri iaitu untuk menjadi orang yang bertakwa.cammon!!last dah ni bulan puasa kat ozzy,xmau teriak2 ibtisam!hahah(teriak rndu anak mnakan n family..sob)

oh lupa.nak mintak maaf ngan smua org atas sgala salah silap saya.sedar atau tidak..maafkanlah saya.ok ni hadiah smpena bulan posa,terimalah.hihi

Niat Puasa



Sahaja aku puasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

11 August 2010
1415

Tuesday, August 3, 2010

rezeki itu dari Allah

hari ini sangat best.haha.mula2 kita ucapkan dahulu alhamdulillah kemudian alhamdulillah lagi atas segala nikmat yg Allah kurniakan selama ini.terima kasih Allah atas segala kurniaan dan rahmat ini wpun aku ini hamba yg slalu laghoo.harus berusaha mnjadi muslim yg bertmbah imannya.amin..malu kat tuhan rasa.sungguh allah itu maha pemurah dan maha rahim kan.diberinya rezeki yang kita x sangka dalam pelbagai arah dan bentuk.terkejut juga sbb x expect pun.haha apa2 pun bersyukur dgn segala rezeki yg allah dah kurniakan.harap2 rezeki tu bukanla sbagai istidraj yg menyesatkan.nauzubillah...

hmm..xdak sgt benda nak tulis pun.tp rsa nak scribble jga apa2.lab mcm biasa la berjalan spt normal.dah nak dekat hjung2 honours dah rupanya.dlu msa mula2 start rsa lama lagi nak hbis tp tup2 dah masuk bulan 8 pun.dah hjung2 ni bru sedaq byak lgi rupanya nak kna buat.western pun byk lagi nak kena run,n tiba2 plak SV nak suh wat IHC.hahaah dahla xreti tiba2 ja nak kna buat.xpala,xdan nnt kita x yah buatla kan.hek3...hopefully dpt complete honours on time and berjaya dgn jayanya,haha.Insyaallah.jumaat ni sv nak bercuti,p tioman plak tu.nak ja rsa masuk lam luggage dia haha ikut balik msia.jeles T.T..sob3 nak balik..

oh lupa.nak ucapkan tahniah kat adik aku Imtiyaz Ismail kerana telah najah dalm imtihan finalnya,maka next sem masuk tahun 3 la.ngaji rajin2 na yat,half way to go.sket ja lg.hwaiting!!tok sah dok gatai2 sgt hahaah.satg jenuh mama pning kpala pulak.

oh ya,malam ni nak kena 'berebut' shopping.hahah.shopping apa?kita tunggguuu dlu.hehe.harap2 jadi kenyataan la.impian tuuuuuuuuuuuu huhu

the ismails..weeyyy rindu!

p/s:4 bulan 3 minggu lagi,berusaha!

3 August 2010
2330

Thursday, July 15, 2010

masa yang kadang-kadang perlahan,pantas,dan kadang2 juga.. statik?


tajuk panjang satu kilometer oh hiperbola.haha.the title itself tells everything dah.haihh

1.bila rasa masa bergerak perlahan?
-bila dok bilang hari nak balik malaysia.rasa lama sangat.haritu kira lagi 5 bulan.bru2 ni kira dok 5 bulan lgi.bila nak jadi 'yay esok balik msia!!"?...cepatla xlarat dah ngaji ninak balik jmpa anak2 mnakan pulak.main2 ngan depa dok umah saja xyah buat keja apa..haihhh

2.bila rasa masa bergerak pantas?
-bila kerja xbuat n xsiap lg padahal dah nak guna or nak kena bentang.haha.masa ni rasa masa begitu mencemburui aku.xdan2 nak hari isnin dah.bru ja rasa nak enjoy weekend dan poya2 tgok2 dah malam ahad dah.sob3,mksudnya esok kna p skolah dah,sebak rasa.btoi,p skolah rasa sayu ja kalau hari isnin.tu yang back to point no 1 sblum ni.knapala masa bergerak slow sgt

3.bila rasa masa statik?
-yg ni bila berangan la kot.mklumla spesies kuat berangan,dok mana2 pn keja nak berangan ja.xpala free kan,haha.lagi satu kalau dok dlm lab rsa msa mcm x bergerak ja.xtau pasaipa.cemuih kot

tp hakikatnya masa berjalan sama laju ja xkira la aku rasa mcm mana pun...tgok ticker ni koi kurang dah nombor.cuak juga.haha.teringin nak cerita pasai persiapan smua tp xdak apa nak crta.hahahah.baca hat org lain saja la nmpaknya.nnt kalau ada bru boleh tulis.smoga dan la nak buat smua.amin=)

on other notes,these two beautiful creatures are the latest addition to sheikh mae and kak yah's clan.wpun xlatest mana tp sbb cik xdan lagi nak jumpa both of you buat masa ni kira latest la.ouh masa saya dgn kamu telah dicuri oleh pendidikan,maafkan cik ya sayang.nnt cik balik siap la kna gomoi hahahahahahaabisla

inas zahirah..gerammmnyaaa!!!

lubna waheedah..awat bam2 sgt ni dlu haluih ja?haha

15 July 2010
Adelaide

Sunday, June 20, 2010

interview..wow proaktif!


vakum vakum habuk kat sni..hahha lama xtulis.nak kata bz dak sgt,kes malas la ni.been having cold+flu+cough last week.sisa2 batuk ada lagi ni sakit ya amat malam2.sedih btoi,bila sakit2 ni trusla nak rndu mama haha.

SPA buat surprise kali ni.xpernah2 ada interview kat overseas,tiba2 tahun ni dia buat.dpt short notice kat facebook pulak tu,hahah maju btoi.xmen dah emel2.semangat snguh JPA now nak suh students balik malaysia keja dgn government smpai mai cari kat sni.haha.govt australia pun x approve visa student yg nak apply work kat sni bila dia tau u adalah msian govt sponsored student.luckily aku mmg xdak plan p mana on the date of interview tu,tp x p lab la kot sbb hari selasa.

nice juga.interview dlm xramai org ni xla cuak sgt kot.ada rezeki dpt keja ngan govt,xdak kita usaha lagi la nnt.frankly speaking,aku nak keja ngan govt sbb mcm best ja.mmg la org kata gaji x byk mcm private tp masa dgn family tu lg byk.so as family comes first,aku rsa govt is the best choice.long term pun byk benefit.n pling penting,mmg dlm kontrak pun kena balik serve govt.hahaha

apa bnda tah dia nak tya nnt,gamble ja la jwb.hahaha mama pesan sng ja.."sokong ja kerajaan".haha so true la klu nak nail the interview kan.byk betoi bnda nak kena fokus la ni.labwork,honours,preparation,kad,interview ah smua2 la.tp fokus pling dekat ialah 2 july ni kot.ada exam tp satu paper ja la.harap2 nya insyaallah boleh jwb sbb byk gak carry mark...please allah,make things ease for me,family and frens too

meh nak buh gmbaq syok sndri sket.hahahahah

trip to monarto zoo

semaphore 2010 abg kak lin mai

my sayangss at seminar wanita

woahhhh ada kembaq la!!!haha

hmm..rindu family n encik ar jga.ni yg xsabaq nak balik msia ni

20 June 2010
Adelaide

Tuesday, April 20, 2010

we made it!

"There is a good reason they call these ceremonies
'commencement exercises'.
Graduation is not the end;
it's the beginning."
Orrin Hatch


assalamualaikum,

i forgot that i have a blog ternakan!hahaha which explains the lack of any writing since the last post.haha,anyway,back to reality.the past two weeks have been so great to me.with mama and baba here with me,the adelaide+sydney tour with them,the graduation,the cooking and all those delicious dishes(drooling), and becoming so anak manja where mama did everything for me(wooot2!),and the ring; i can never ask for more.alhamdulillah Allah.terima kasih kerana memberikan kesempatan untuk bersama mama baba tercinta.

mama and baba arrived here on 8 april 2010 solely for attending my convocation ceremony.the trip was actually planned since they knew i am flying off to australia,but back then,it was saying that they wanna come and have a visit here but the date and everything was still unknown.haha.bak kata mama n baba"kalau ikut adat,x sampai dah kita ni kat australia.tp sebab ada anak mngaji sni,ni yg boleh sampai juga ni".alhamdulillah,sampai juga depa kat benua terbesar ni.

berpaksikan peribahasa sambil menyelam minum air,maka kami juga telah pergi menziarahi dan menjelajah pekan sydney di samping pekan adelaide sendiri.we had so much fun there despite of mama being so suspicious and doubt with the halal status of the food.last2 makan juga,lapaq.haha.

will writebout the sydney trip later sbb dah malas.(mind u i am in the office at my lab when i write this.haha)

enjoy the picsss of the graduation day!!

 
mama,saya,baba.cik sayang mama baba!


with my lovely parents and my faveret girlss!

the degree.bsaq bagak!haha

 topi yang dpt trus.yay!

acara wajib

love them heaps!

bunga from mama n baba.


p/s:pictures credits to zue n chika.thank u!

Monday, March 29, 2010

Aku suka bau hospital


Hari ini buka-buka mata nampak jarum panjang dekat no 6.Ingatkan betul dahla bangun pukul 7.30.Tapi bila celik luas sikit lagi..Alamak!!8.30 pagi dah!Mati la macam ni!!LEWAT lagi..hahaha.Terus bangun capai towel nak g toilet tapi ada orang pulak.Tak jadi nak mandi lagi,lepak dekat dapur buat bekal lunch dlu.Kadang-kadang bila tak dak makanan,buntu nak bawa apa.Macam hari ni,banyak sangat makanan pun xtahu nak bawa apa juga.Akhirnya bawa roti letak cheese kat dalam saja.Nak cepat katanya.


Kad kuasa.Haha

Dekat lab aku,hari Isnin ialah hari yang ada weekly meeting dan pada hari Isnin juga,kami student Honours iaitu aku dan J dikehendaki membentangkan journal berkaitan yang kami dah baca.Sebab tu la tadi macam cuak sangat bila bangun lambat.Perjalanan dari rumah nak ke hospital lebih kuRang sejam dengan menggunakan bas-train-bas.Kalau bangun pukul 8.30,nak siap-siap tunggu bas(yang kadang-kadang tak mai pun),dalam pukul 10 juga la baru sampai hospital.Itupun kalau bas on time la,kalau delay pulak,mahu menangis rasa.Ofis pulak start pkul 9,x ka dah sejam lewat tu.Aduh malu nya..Tapi Allah maha mendengar(hahah jahat gila dok berdoa supaya SV xmasuk ofis lagi hari ini sbb dia outstation),tengok-tengok Alhamdulillah minggu ini tiada meeting.SV belum pulang lagi.Hehe,selamat.

Pemandangan dari pintu masuk lab.Salisbury town

Hari ini juga aku menerima suntikan Hep B memandangkan projek aku ini,aku akan berurusan dengan tisu manusia yang tidak diketahui asal usul pemiliknya.Sebagai langkah berjaga-jaga,maka cucukla Hep B ni.Free sebab aku dikira staff hospital,hehe.Mula-mula sebelum kena cucuk ketaq dah,sebab aku memang jenis takut jarum.Tapi kakak nurse tadi memang professional la,Alhamdulillah xsakit pun masa dia cucuk tu.Siap beramah mesra lagi untuk mengurangkan debar aku.Terima kasih kakak nurse.Sebulan nanti kita ketemu lagi ya!Oh ya,berkaitan tajuk.Benar,aku suka bau hospital.Semacam ada satu perasaan.Senang.

Kali pertama sampai di stesyen ini adalah kerana sesat.
Tak sangka sekarang hari-hari bertegur sapa dengan stesyen ini.haha

p/s:Happy 23rd birthday to my dearest sayang,Mashitah Abdul Mutalib.Tsam syg shitah n IMNI=)

Saturday, March 27, 2010

entry mak-mak

"hati yang tenang pasti akan menjanjikan kehidupan yang bahagia.tak perlu nak cemburu atau iri hati dengan kelebihan manusia yang lain.Allah dah tetapkan rezeki masing mengikut bahagian2 dan masa2 yg tertentu.tenang-tenang saja.insyaAllah,semua pasti akan OK.fret not.mcm pernah terbaca kat mana tah,dia tulis mcm ni 'if it is not ok,then it is not the end of the story yet'.so bersabar la no"

***

hihi..saja nak bermadah2.lama xmnulis secara serius,asyik main2 ja slama ni.n my blog ni pun dah mcm being updated on weekly basis ja,tu pun kalau rajin menulis.haha.alhamdulillah,semua urusan skang masih under control.ujian kecik2 tu besala,tanda Allah sayang n ingt g kat kita kan...oh harini gelak byk xbaik nnt hati mati bak kata anak mnakan aku si iffah itu.anak mnakan tgur mak cik woo,hebat.hihi.

tatau nak update apa sbb hdup skang sgtla routine.xdak yg pelik pun.huhu..takpala,meh nak update sket input yg aku dapat masa seminar research proposal haritu yang mungkin kita tatau sbb xpernah exposed to kan.tapi seminar pn pasai O&G,so paham2 la isi dia,haha:

i)increase mentsrual cycle can increase  the risk of developing breast cancer in women.
-so kira nya kan,mcm orang yg beranak ramai,risk untuk dia develop cancer at certain age kurang la sbb dia kurang dtg period if compared to woman yg sama umuq tp lagi kurang anak sbb lg byk mai period(lg byk menstrual cycle).

ii)the use of condom in early period of sexual intercouse in marriage can lead to pregnancy miscarriage
-yg ni kena clarify balik tp dr apa yg aku pham,mcm ni la.the exposure of the embryo to semen(come from the father) can help the immune cells to prime.so it decreases the risk of rejection of the body towards embryo implantation which can then decrease the risk of miscarriage la..mechanism tu xbrapa nak ingat tp it relates to the priming of immune cell.and it has been suggested the best period to use condom is actually after one year as over that time,the immune cells had been primed enough.mcm tu la kira.pham2 la noo.haha

iii)50% of australian adults are obese/overweight...ramai kot!

iv)yg ni bkn from the seminar tp aku found from journal..caffeine intake can decrease the fertility in women of child bearing age
-the dose and the concentration xpasti

v)pregnant women slalunya amik folic acid kan...but beware because during 3rd trimester of pregnancy,folic acid intake can lead to childhood allergy in the offsrpings.

apa lagi tah fakta,banyak lagi tp xingt dah.semua pun research untuk increase quality of living.tp kat msia plak terbalik.lately lg byk dgr kes orang buang baby,sian baby.comel2 pulak tu.sayang n ksian n sedih sgt rasa.patutlah Allah suh sebat n rejam ja penzina,sbb mmg padan pn ngan perbuatan.anak senang ja masuk syurga,mak ayah tu wallahualam la.huhu.nauzubillahi min zalik

nak buh gmbaq sedas dua..hihi

ni masa animal ethics course.


ni muka cuak sebelum presenation.haha

p/s:entry ni mcm mak2 sket kan.haha.sbb tu tajuk mcm tu.
p/p/s:credit to ahlami for the picturessss

Monday, March 22, 2010

pheww

assalamualaikum

stress

last week adalah week yg sgt meng-stresskan.hrmone xstabil sama kot.kena tgur slide n prrsentation sket ja tp beria2 teriak.haha kantoi dpn SV lak tu.ciss2 buat malu saja.serius stress smpai kaki rasa mcm bercas2 ja nak pijak pn sakit.lpas bnda ni jd and also from prev experince,ada one thing that i'll never doubt which make me stronger to face the duniawi ni.haha.it is the doa from mama baba.sgt2 la berkat.n menenangkan too.so kalau anda dan anda dan anda rsa serabut jiwa semak perut,teponla mak ayah anda.nescaya anda akan lbih baik dan tenang.hehe...n today,after all those sakit jiwa incidence,aku dah selamat present pun.alhamdulillah,all went well.or at least i feel so.haha.

anak sedara

welcome welcome welcome LUBNA WAHEEDAH MUHAMMAD NAJIB!my brother's latest daughter.she is the latest addition in pak syeikh and kak yah's clan.kecik comel mcm mak dia la.hihi.sorry sayang,mak cik hutang kasih syg dgn awak n juga kakak inas.eh inas pn x wish pn dlu.welcome the club jga INAS ZAHIRAH MUHAMMAD TARMIZI!inas anak kak iman n abg mizi.both couple ada a pair of daughter,so lpas ni strive for xy lak.hehe.kuat sguh gene xx kami.hahah

n today 22 march 2010 also marks the very 1st birthday of ISMAH AUNI MOHD ZAHIR!!!slamat hari jadi sayang.smoga mmbesar mnjadi anak yg solehah dan comel2 slalu.please jgn terlalu cpt sgt mmbesar,haha.nnt cik rindu saat2 kamu yg comel masih kanak2 ni..can i blame education for this?huhu

lain2


there's nothing much things happen lately.smua pun routine,naik bus-train-bus g hospital,balik rehat2 smyang makan mandi bt keja sket sembang2 lena.penat,tp xpala,sabaq ja la kan.xlama dah pun.oo ya..lupa.xsabaq nak tunggu april ni.mama baba will be coming for my graduation day!yay,alhamdulillah.tercapai gak hasrat nak depa mai masa my grad.hihi.n will be flying to sydney too.nak bawa p mana pn tatau.aaa lupa lg.borang msian hall xsettle lg.ok la..huhu

ok boleh bersurai.bye.

Saturday, February 27, 2010

another summer day

it is the weekend yet i just laze around in my room doing nothing.haha.cemuihla,nak kluaq panas pulak.kat bonython park depan ni skang tgah ada konsert rock apa tah,bising gila dari pagi tadi.teringin nak p mandi or main laut.tp panas pulak.anak kluaq jpgging pn malas.macam2 lah alasan kan.haha


adik2 junior yg tumpang umah pn dah xdak dah sbb depa dh dapat umh sndri.sunyi pulak bila depa xdak kalau dak keja dok bising ja.haha jd meriah umah.la ni tgal kami 3 ja sbb ummu tumpang umah sapa tah.xdapat dikesan.maybe esok baru balik sni.umah kami pn MUNGKIN ada perubahan ahli.xpala,harap smua mmbawa kebaikan kat smua orang.


on other note,insyaallah mama n baba will be coming here for my graduation day!yayy!!this is their first time to adelaide so i am pretty much overjoy!haha.xsabaq nak jmpa mama baba,last i saw them was during my holiday back on hari raya.n that means it has been 7 months.haha.lama la jga kan.rinduuuuu


harini jga merupakan kenduri kahwin mak teh ariff which marks the last kenduri of wan jit and tok nah's children.wish you all d happiness in life and a very blissful marriage mak teh!seronoknya kenduri kahwin,lama dah xmakan nasi minyak.pastu smua adik beradik dok kalut wat preparation trmsukla en arep tu.oh lupa.knduri ni skali jga ngan kenduri akikah alisya,anak acik.tembundah dia,dlu tgok gmbaq kecik2 lagi.haha..huhu,lapaq nasi kenduri la plak...


hmm..banyakla merepek.haha.dahla sket2.bai


p/s:happy 2 weeks anniversary to us!hehe

Thursday, January 28, 2010

quick update

bosan tgok page sndri xgerak2..haha
ok some quick updates here:

1)dah start wat honours kat Lyell Mc Ewin Hospital.jauh kalau naik bas dlm sejam stgah.tp ok la takat ni enjoy lgi.semua benda pun best excpt kna bangun awal.haha

2)adelaide dah mula penuh dgn student2.junior xsmpai lgi,nnt lg ramai

3)graduation will be on 15 april 2010,2.30 pm.sapa nak mai sila2.

4)alhamdulillah,bersyukur atas segala nikmat.tahun ni tahun yg dinantikan insyaallah harap2nya smua berjalan dengan baik=)

ok ah tatau nak tulis apa.diakahiri dgn tata bai2 salam.haha

Saturday, January 9, 2010

promosi promosi!

segmen promosi

suka tudung x?kalau anda duk kat oz or new zealand or maybe kat mana ja,bleh la lawat blog kawan saya ni.alia hamzah.she's doing an online business jual tudung.bidang 60,bdang 45 n selendang smua ada.promosi promosi mari beli cantik skali pakai cntik 2 kali..hahaha.alia,i dpt dskaun x buat promosi ni?*wink wink*

Wednesday, December 30, 2009

boxing daiiiyyy

assalamualaikum

hari ini adelaide adalah sangat panas.plan kami bertiga(alia,siti dan saya) untuk ke harbour town bagi kali ke 3 telah dibatalkan kerana masing-masing terlajak bangun secara berjemaah.maklumlah,tidur pun pada pukul 5 pagi kerana menunggu subuh terlebih dahulu.maka pasrah sahaja.haha,saya menumpang kasih di rumah alia kini bersama-sama cik siti mariam.aktiviti kami hanyalah berlegar di sekitar shopping mall,dapur,bilik air dan juga bilik tidur.eh bilik tidur adalah untuk bermain internet lah,bukan yang bukan-bukan.ish,kuning sungguh kamu.haha

selepas sambutan krismas,hari boxing day pula menyusul tiba.anda tahu boxing day?kalau tidak,silalah pergi menggoogle.haha.secara dasarnya,hari boxing day ini merupakan hari di mana kedai jualan akan mengadakan jualan murah secara besar-besaran pada setiap 26 disember setiap tahun.tapi entah di mana silapnya,hari boxing ini hanya disambut pada 27 disember tahun ini di selatan australia.pelik bukan?entah apa2 la yang penting gembira.sebagai orang yang mensyukuri setiap peluang yang ada,kami juga tidak melepaskan meraikan ketibaan boxing day ini.walaupun kedudukan kewangan agak goyah,namun hal ini tidak mematahkan semangat kami.haha.kopak juga la.aisyy,mana tahan melihat harga2 murah di kedai(sebenarnya xla murah sgt pn.setiap sale pn murah mcm ni jga)

kami berboxing bkn pada 27 hb sahaja malahan daripada 26 hb lagi.haha.ke harbour town la apa lagi.tersrempak dgn ramai sungguh orang melayu di sana.buat2 xkenal pun ada,segan.haha gedik.paling best ialah pembelian purse dari nine west yang sungguh unik walaupun alia kata dia xrasa apa2.ok fine bebeh fine.

eh mari melayan gambar la.ok.sekian.haha penutup apakah ini.


             noritake ni save 1000aud.gilo apo kan?tp mmg cun habis                              jalan2 city malam


                konon2 try kasut padahal nak amik gmbaq.haha                                            ikea pn sale


sale banyak tu 50%..cunaan nak tiru gaya patung.alia sama dah but then i failed size xsama bsaq.haaha



di tea tree plaza.hirup bubble tea yg sedap sgt.


ouh bukan bukan.ini bukan beli.ini bake sendiri.hehe.yat,jeles dak?haha

pictures are all from alia hamzah.thank u bebeh




Wednesday, December 23, 2009

home alone!

salam
rasa nak guna ganti nama saya pulak la kali ni.hik3

dalam entry ni,saya nak buat serba sedikit ringkasan tentang kehidupan pasca periksaan di kala musim panas yang membahang di bumi adelaide ini.penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan diterapkan dalam 'entry'(dengan izin) ini.

1.kehidupan pasca peperiksaan kebelakangan ini hanyalah berlegar di sekitar lapangan terbang.mana taknya,hampir kesemua rakan-rakan pulang ke malaysia bercuti.tidak lupa juga rakan-rakan yang pulang buat selamanya ke malaysia,back for good(dengan izin)selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di sini seperti hafidzah yang mana saya selalu memnaggilnya dengan nama fitzroy.hihi.


fizroy,alia dan saya.muka menangis.hehe



2.saya tinggal seorang di rumah.ada beberapa orang rakan lagi yang senasib seperti saya namun apakan daya,saya rasa lebih selesa berpeleseran di rumah sendiri berbanding rumah rakan yang lain.walaupun agak sunyi,namun saya lebih senang memilih selesa berbanding kemeriahan.tinggal seorang bermakna saya perlu memasak untuk diri sendiri dan mengemas rumah dan bilik serta ruang2 rumah yang lain.hal ini membuatkan saya berasa seperti seorang suri rumah kepada seorang suami yang bekerja jauh dan lama seperti kerjaya seorang pilot(haha,sila gelak)


eh eh abang pak cik pilot!haha

3.perayaan christmas semakin hampir.begitu jugalah halnya dengan kemeriahan kedai-kedai membuat tawaran-tawaran hebat dengan harga yang masih mahal setelah ditukar kepada ringgit malaysia.haha.namun,saya berasa terselamat kerana tidak membeli set pinggan noritake ketika saya pergi ke harris scarfe kelmarin.ini kerana,sebaik sampai di rumah,saya telah membelek katalog pasca christmas di mana harga set pinggan yang sama akan diturunkan sebanyak 25% lagi bermula 26 disember.alhamdulliah saya tidak membeli pada hari itu.

pak cik santa yang pegang-pegang pinggang orang

4.saya rasa toleransi saya terhadap barang-barang yang dipamerkan di kedai adalah semakin berkurang.manakan tidak,saya rasa tidak lengkap jika ke pasar raya namun pulang dengan tangan kosong.jiwa saya rasa akan rasa hampa dan kosong haha.oleh itu,saya TERPAKSA berbelanja bagi menyelamatkan ketenteraman jiwa.huhu


5.oh hampir terlupa.beberapa hari yang lalu,saya telah berpergian ke GOOLWA,salah sebuah destinasi pelancongan di selatan asutralia ini.tempat ini terkenal dengan kecantikan pantainya,juga deruan ombak yang mengasyikkan serta aktiviti menangkap kepah di tepian pantai.terdapat ramai 'mat salleh' yang berjemur di bawah terik matahari yang amat membakar sehingga cair vaseline saya yang baru saya beli.ya,ini kisah benar,bukan sekadar hiperbola.tumpah separuh vaseline tersebut.keadaan ini menggambarkan betapa panasnya suhu pada hari tersebut.benar-benar panas membakar muka dan badan.saya syak 43 darjah celcius.di sini juga,buat PERTAMA kalinya saya MANDI di laut australia.perasaanya sungguh tak dapat digambarkan.seronok terharu dan sungguh ceria.walaupun cuaca panas,namun sebaik sahaja anda berada di dalam air laut itu,suhunya adalah lebih sejuk.sungguh,jika tiada rezeki saya di sini tahun depan,saya tdak akan berasa ralat kerana saya sudah ada pengalaman mandi di laut australia.bolehla ceritakan kepada anak cucu nanti.hehe


6.sepanjang cuti sekolah ini,sungguh banyak jemputan kahwin yang diterima.namum,memandangkan saya hanya bermastautin di adelaide,maka tidaklah saya dapat penuhi jemputan-jemputan tersebut.kepada pengantin-pengantin dan bakal-bakal pengantin,semoga Allah memberkati perkahwinan anda selamanya.betolak ansur dan terima pasangan anda seadanya.insyaallah,semoga berbahagia.eh,kenapa rasa nak kahwin juga ni?haha

7.ini berita yang baru saya terima sebentar tadi.alhamdulillah,kak iman saya iaitu kakak saya yang kedua telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 23 disember,jam 5.15 petang seberat 3.0 kg secara normal.bayi tersebut merupakan anak keduanya selepas beliau melahirkan anak sulungnya,nuha naqiyyah juga seorang perempuan pada 12.12.2007.cantik bukan tarikhnya?moga allah merahmati kamu semua.maaf mak cik tidak pulang dan berada di sisi kamu.sob3

8.baiklah saya kini rasa kagum dengan tata tertib bahasa melayu saya.hahaha.panjang pula entry ini.layankan sahajalah saya yang tengah sunyi ini.hehe

Wednesday, December 9, 2009

hidup ni kan indah

salam

ni kira entry balas dendam sbb tnet dah laju..haha.lama kami bertahan almost 2 weeks kot sbb tnet jd slow sbb quota dah hbis.hello like 50gb in 2 weeks?hahah over btoi

gambaq byk tp dok dalam kemra xtransfer lgi.so mcm nak membebel ja la kat sni.i had some nice talk td about life.about my future life.and it seems so blissful.haha berangan p la kan.and now if anyone ask me 'how do i see myself in 5 years more'..i think i have got the answer.*praying hard*


looking forward?insyaallah.hahaha gatai

sometimes,i cant agree more with saying about "Allah hilangkan matahri sbntar dan bg kita hujan untuk nak tnjukkan kita keindahan pelangi after rain.cantik,tp nak dapat kecantikan tu kena la ada hujan dlu and matahari pn kena la hilang sat.baru lah reflection tu can occur hence producing a beautiful rainbow".(org tua2 pesan jgn tnjuk kat pelangi nnt kudung jari.ahaha apakah kan).

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya
al-Baqarah:216

macam tulah hidup kita.keinginan kita mcm matahri.kita xdapat la tgok matahri tiap2 masa sbb kalau dak kita xleh la rsa keindahan pelangi dan kedinginan hujan.matahri tu mcm apa yang kita nak,and pelangi tu apa yg kita perlu.allah xbagi apa yg kita HENDAK tp allah bagi apa yg kita PERLU.kadang2 kita rasa satu benda tu baik untuk kita,tapi Allah as the creator tahu lebih psai kita.sbb tu dia xbagi apa yg kita rsa baik,tp dia bagi apa yang MEMANG terbaik untuk kita.


take a break..amik gmbaq dlu..hehe

oleh itu kawan2 dan diri sndri,usah keluh kesah kalu kita xdapat apa yang kita nak.sebab bgi allah,apa yg kita nk tu bukanlah yang TERBAIK untuk kita.so allah bg kita jalan lain yang insyaallah,akan mndatangkan lagi byk hikmah dan kebaikan di masa hadapan,yang mungkin kita xnmpk n sedar skang.it may take days,weeks,years,or maybe infinity sbb xkan nmpak kat dunia.tapi janji Allah kan pasti.so kita tunggu2 sama dekat akhirat la.kan lgi sweet mcm tu.surprise dr allah,after all who doesn't love surprise kan.hehe

ok la.mcm dah pnjang mbebel2 ni..insyaallah.jmpa lgi nnt.eh lupa.paling penting,nak pesan pd diri sndri dan smua.JANGAN PERNAH BURUK SANGKA DEKAT ALLAH AND JANGAN PERNAH PUTUS ASA DR RAHMATNYA.insyaallah,allah dengar smua doa.it is a matter of cepat atau lewat ja.

p/s:insyaallah will be graduating in this comng april.alhamdulillah lpas pnat2 n sedih2,bleh jga grad.hahah.and minta maaf la cmpuq hbis bahasa.huhu


feeling nur kasih sket,hehe
i've always love australia...yes i am.yet i love malaysia more!haha

Saturday, October 10, 2009

yang terakhir,mungkin?

salam

kehidupan diteruskan mcm biasa.now back in adelaide after 2 weeks holidays in hometown aloq staq.balik raya.seronok sgt,cuti 2 mngu rsa mcm cuti 2 bulan.maybe ni kot yg org dok kata quality time,not quantity.jmpa mama baba,anak menakan baru ismah auni yang sgt cumel,anak2 manakan,kwn2 terutamanya pgantin bru siti nabilah.wpun sat ja jmpa tp best sgt dpt catchup life ngan best frens.

next week ada presentation,mcm ni la life as students.assignments,test,presentation exam.bila tah nak habih.ha ha ha.la ni jasad ja ada kat adelaide p hati tertinggal di msia.rindu.

ni final year dgree.tahla apa nak buat after hbis ni.sambung hnours?balik msia?buat masters kat msia?kawin?wallahua'lam.serah pada takdir ja la.aku jnis ikut flow,spontan.xreti nak planning2.i feel comfortable that way,less stress.

doakanla yang terbaik yang allah tetapkan untuk aku.tahun terakhir di sini.mungkin?

Thursday, July 30, 2009

payah2

payah sguh
rasa laappppaaaaq ja slalu
mulut xberhenti ngunyah
hat manis2 pulak tu
mcm xpnah makan 2 3 hari kekdahnya
wey jnuh la cmni
huaaa!

...ops lupa,la ni kan winter.ptt la.haha.kan perlu byk tenaga kan.o yeah!
(ayat pensedap hati)

Friday, July 24, 2009

jalan2 oz:tasmania,part II

*amaran:post ni panjang.hehe

15 july 2009

plan awai nak p hastings caves dan tahune airwalk.namun kita merancang allah yang menentukan.kami bangun lambat!haha.penat sgt kot berjalan2 kemarin.bgun subuh then pakat tdoq balik secara berjemaah,jadinya bertolak kluar pun dah nak dekat pkul 11.magrib la ni awai dlm pkul 5.drive keta mnju ke south hobart,dlm 100+km lebih juga la hastings cave ni.sblum smpai hastings cave,jmpa simpang p tahune airwalk dlu.tp kami decide untuk ke hastings cave dlu sbb msa tu hujan,so klu p gua xpa kot xkena hujan klu nak compare ngan airwalk,mesti basah kan.kalau dan,arah balik nnt bru singgah.

ahlami sudah ok.jom bergambar.keh3

ahlami yang diketahui mnghadapi masalah movement sickness tiba2 meminta berhenti untuk muntah ketika dalam perjalanan.2 kali brenti.1st time xjadi.second time bru hbis kluaq segala.hahah.seb bek timing lawa,sbb tmpt kami brenti tu lawa,dover nama dia.dan la menggedik amik gmbaq dlu.ngeh3

hasting cave

lpas tu smbung drive,n alhamdulillah sampai dgn selmat despite jalan tanah merah spnjang 8km.mula2 nak masuk kena beli tiket dlu.harga dia 19.20 for student.mahai juga tapi berbaloi kot. sbb hastings cave ni sgt cantik,unik.encik john merupakan si tourist guide pada that day.subhanallah,mmg amazed sgt la ngan gua ni.kristal yg mmbentuk stalaktit dan stalagmit dia.tp kami x dibenarkan sentuh any part of the cave except for one part of the stone yg mmg dah stop from growing.keras n sgt berat!


after lebih kurg sejam dalam tu,kami bergerak pulak p hotspring.plannya nak p smpai air panas tu la,tp tgok2 xdan.kaunter depan nak ttup dah,so just jalan2 ja la kat platypus circuit,tp xnmpak platypus pun.


after dekat pkul 4,kami pun bergerak balik.mula2 nak singgah shot tower tapi mcm dah malam,hujan lagi.xjadi la.last2 kami p university tasmania untuk amik gmbaq kat sign board tu.mcm apa ja gaya2 semua.haha.penat dah kami pun balik ke rumah

16 july 2009

harini xmau dah bangun lmbat.semua pun dah ready untuk siap2 nak kuaq awai,haha.mula2 kami p jalan2 kat hobart city,p elizabeth st yg mcm rundle mall tp lagi pendek.p beli souveniers lagi tp mmg mahai la.sob2..then kami bergerak ke mount field national park,arah north hobart.yang ni xberapa jauh sgt,90+km.tapi pemnadangan mmg sgt cantik smpai terpkiaq nnt mesti rindu ngan smua2 ni.sob3 lgi.drive punya drive,akhirnya alhamdulillah sampai.setakat ni entry mount field ni la yang paling murah.dia charge 22aud satu kereta.kalau sorg 11aud.so kami amik car pass la.untung byk dah tu kan.

mount field national park

lpas ready smua,kami pun berjalan.aina paling smngt nak jumpa russell fall.dr 1st day g,haha.jalan n jalan n jalan akhirnya smpai juga.masyaallah.mmg sgt cantik!air terjun ni klu xsalah 4 tngkat.mmg tinggi.aksi gedik2 depan kemra pun trus berlangsung.siap video segala.haha.tp mmg best ah!


russell fall

then ingt kan nak stop smpai situ ja,tgok2 bersmngt pulak nak naik smpai atas.rabat la bukit yg curam and xdak pemegang yg lecah n licin tu.mmg cuak.tnggi sgt,xberapa brani nak tengok bawah.masa tulis ni pun kaki rasa cuak2 ja.haha..rabat2 at last smpai juga kat horse shoe fall ni.hat ni pun lawa.mcm dlm kalendar.amik2 gmbaq pastu truskan perjalan naik ke top tree walk.area ni kawasan pokok yg tua n kita lh teropong ketinggian pokok untuk estimate umur pokok.lenguh jalan gak la.lepas dah puas,pakat jalan trun bawah balik.adeih,mmg lenguh la.


sampai ja kat kaunter mula td,trus cri tempat nak makan.hahah.lahap sguh,penat pnjat bukit.lastly kami lepak kat dlm park tu,ada meja.selesa la nak makan.

selesai makan,siap2 wudhuk and semayang.lpas dah ready,kami pun bertolak balik.arah balik tu dan lagi singgah kat 'something wild wildlife sanctuary'.hahah,nama xleyh blah.mesti dah hbis idea dah nk bg nama.tp xjadi sbb masing2 pun dah pnah tgok wildlife,keh3.kami pun trus bergerak balik ke hobart.tp dan g singgah on the spot buat kona tajam p jet boat tp malangnya kami smpai 3.10,dia ttup kui 3.so xdak rezeki la di situ.lpas tu mmg trus balik hobart.

shot tower


sampai hobart,tgok2 mcm awai g n cerah g.trus buat decision nak p shot tower yg xjd p smlm.dan juga singgah amik gmbaq kat sandy bay where ada org tu konon2 nak mai joging pagi2.hahah..after that,smbung ke shot tower yg dekat sandy bay road juga.masa kami p buka lagi,sempat g la beli souveniers.amik gmbaq ja tp xnaik atas menara tu pun,mahai 9aud.shot tower ni kira menara yg depa guna nak tembak musuh kat laut dr atas bukit.

lpas bergmbar smua,kami bergerak p masjid hobart,1st smpai singgah sini,nak balik pn singgah sini.harapannnya nak jumpa pak anjong tp dia xdak.xdak rezeki la tu,xpala kan.lpas smyg jamak qasar kami pun balik ke rumah 3fatin n iza.hehe

17 july 2009

tuan rumah mmg diakui sgt2 baik.kami nak bergerak balik pagi tu dan lagi depa masak bubur nasi ayam.alhamdulillah.murah rezeki sungguh.kami doakan depa agar dimudahkan segala urusan,terima kasih byk2.

alhamdulillah,kami smua selamat sampai ke destinasi masing wpun mula2 tu ada 'ribut2' sket,eh iza?haha.alhamdulillah summalhamdulillah ala kulli hal.bila lagi tah dpt jalan2 mcm ni dgn rakan2 yg amat disygi.insyaallah,ada rezeki kita jumpa lagi=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...