Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, December 19, 2011

Awesome trip to Ahlami's Wedding!

Assalamualaikum

Haritu sajalah saya jalan2 tengok keywords yng membawa readers ke blog picisan saya ni. Antara carian yang terlibat ialah resepi salmon gril,respi nasi tomato, tema teal, n baru2 ini 'gambar majlis perkahwinan ahlami'..haha ok2 nampaknya ada yang mencari gambar perkahwinan sahabat saya yang seorang ini. ..Dan saya pun memang berhutang entry mengenai hal ini. Majlis dah lepas tapi masih belum berupdate ceritanya hehe.

Ok lah.Meh sini nak cerita.Penentuan nak ke Kelantan sahaja sudah menimbulkan pelbagai konflik dalam diri hehe.. Maklumlah waktu tu musim banjir,dalam news pun semua berita cakap banjir makin buruk di Kelantan,manalah x dilemma.Diburukkan(cewah haha) keadaan, Amir sunway cancel xjd ikut kitrg.So tinggal lah saya,suami,peteh n mary.Petang Jumaat tu,hampir sahaja saya membatalkan trip ke wedding Ahlami ini. Namun, Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya mesej suami,tanya mcm mana ni,banjir makin teruk katanya,risau terperangkap nanti..Suami jwb dengan penuh keyakinan 'nee nak p kan.tawakkal saja lah'. Ya Allah,sungguh meruntun jiwa mendatangkan balik keyakinan saya yang hampir lenyap nak ke Kelantan masa tu. Ada lagi penambah keyakinan, ptg tu saya terpandang gambar akad Ahlami yang diupload oleh ellie dalam facebook, terus sentap!MasyaAllah,cantik sangat hahah..Dalam hati dah nekad,apa nak jadi pun jadilah. Msg peteh n mary cakap the trip is ON!hahah.Diorg datang tdo rumah malam tu sbb nak gerak awal pagi sabtu esoknya tu.

Maka kami berempat pun bertolaklah dari Bandar Bukit Raja pada pukul 5 pagi 26 November 2011 itu. Alhamdulillah jalan semua lancar, singgah solat Subuh di Gombak sebelum meneruskan perjalanan. Kami ikut jalan Gombak-bentong-kuala lipis-kuala krai-kb.Ada la a few comedy dramas in the car msa dlm perjalanan tu haha,punyalah dok gosip pasal pasal ustaz amirul si ashraf muslim tu sampai sesat barat dok pusing2 dalam pekan gua musang tu hahah.Smua salah peteh=p!

pekan gua musang tempat sesat haha

Masuk gua musang hujan start renyai2 tapi alhamdulillah kami slamat sampai jga kb dalam pkul 12 lebih..Super excited sebab both our last visit visit to klntan was like moreeee than 15 years back!Check in hotel trus siap2 g kenduri Ami. Kluar dr hotel tgok2 hotel kat tepi Sungai Kelantan je,kat tambatan diraja. Surprisingly, eh xbanjir pun!Ciss berita ni kan suka exaggerate tau,buat penat risau je haha. Dah siap2 kami pn bertolak mencari umah pengantin. Kad xbawa nasib baik mary ingt jalan haha.


berkabus sebab hujan

Sampai umah pengantin salah timing pulak. Kami sampai serentak dengan bekas2 students puan ami ni maka penuhla pelamin khemah dan rumah dengan mereka haha. Tunggu punya tunggu dapat juga giliran. MasyaAllah cantik sungguh sahabat saya yg sorang ni!Serius nampak sangat matang n dewasa. Smua pn stuju,nampak lain sgt haha. Xde dah cheeky Ahlami, only matured ami haha.Salam2 ngan ami pastu tunggu turn nak amik gmbar pulak.nak makan mcm malas nak turun lagi alang2 dah kat atas kan.tunguu pulak dapat la juga beberapa keping haha..dah siap2 maka p makan la.Oh lauk sedap,kuihhh pun banyak n sedap sangat. Kesian Peteh sbb xsmpat nak makan roti jala dah sold out haha. Saya sempat pow yg encik suami sikit kih3.

Dok sembang2 makan ngan siti n jasm yg dah lama jga xjmpa terutamanya cik siti tu.Sembang gelak2 xhengat smpai petang. Dah petang naik rumah plak kacau pengantin,this time ami tukar pakai evening dress. Ya Allah cekeding btol pngantin hahah.Masa ni dah xramai sgt dah orang so kitrg veto menguasai pelamin lah haha.berghambar x hingat punya hehe. Best sangat! Thanks encik suami sayang, walaupun mengantuk tahap gaban tapi tahan ja sbb nak bagi chance bini n rakan bergembira hahaha. I lebiu so strong lah habibi!!!!

kami yang gumbiraaa!

So almost Maghrib,kami pun beransur pulang...tapi masih dengan penuh drama!haha.We bid our farewell to Ahlami and  Is as they will be leaving for Japan the next week. Sedih gila kot, she has been my best mate,coffe mate,bola mate,gossip mate,sushi mate,harbour town mate and whats not huhu.Rasa mcm hilang something plak huhu..Tapi xpe sbb saya tahu Allah dah hantar Is untuk jaga ko kat sana =)

Dear Ahlami and Faiz Adi,
Semoga Allah melimpahkan kasih sayang dan kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina,bercinta sampai syurga. Sentiasa bersabar dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam rumahtangga. Cinta itu indah hihi.

us with the pengantin


we are happy like this!

Malamnya Siti balik johor by bus. esok pagi, mary,peteh n jasm plak..Kami?kami xbalik lagi kami p jalan2 cameron highland pulak!hahah..so ad hoc tapi best!will update in next entry insyaAllah hihi

Some pictures are credit to Maslina Yusak yg super best!haha

Thursday, November 17, 2011

xpayah bacalah

...ha kan kata xpayah baca tapi baca juga,degil betol haha

ok ni one of the non-objective posts that i wanna make.rasa nak p air terjun tp jadual weekend smua dah penuh..xkan nak p weekdays kot ayyaaa..boring haihh nak mnjahit lah mcm ni hehe..jahit baju untuk raya tahun depan, sbb xterer so kena start jait skang.by next year raya baju dh siap wahahaha

okthanxbye

Thursday, October 20, 2011

Ikan salmon oooh oooh!

Adoyaiiipun tengok warna template baru ini,ter'craving' for ikan salmon lah pulak..nyum nyumm sedapnyaaaa!Ohhh salmon come to momma mia hahah...Sorry I am so random just like this haha





tskk tskk tedapnyaa

Wednesday, October 19, 2011

Sunday, October 16, 2011

resepi nasi tomato

Assalamualaikum

Ok memandangkan saya da janji dengan Kak Lynn untuk mengupdate resepi nasi tomato,maka dengan ini saya menempekkan resepi nasi tomato saya yang diambil dari resepi asal Encik Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan (Aku guna berasa biasa je dan xrendam pun haha)
1/2 cawan susu cair (mat guna santan) (Aku kdg2 guna santan kdg2 guna susu cair..both ok)
4 biji tomato, cincang halus   (Aku guna sebiji je )
1/2 cawan sos tomato (Yg ni aku agak2 je..lagi banyak lag rsa tomato n lg merah kot)
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus   (kadang2 aku x guna pun)
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras 
Garam secukup rasa

Gula sikit

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-

  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....
Ok cara masak lebih kurang je cuma aku masukkan pandan tu dalam periuk nasi,x tumis sekali.Harap2 dapat membantu.Senang sajeee!Hehe

Friday, October 14, 2011

Open house raya-raya kami!

Assalamualaikum semua!

Ok harini nak membebel sedikit pasal open house raya-raya kami yang telah berlalu sebulan yang lepas haha. Majlis kecil-kecilan sahaja,hanya memanggil jiran2,beberapa orang rakan saya,banyak kawan encik suami dan juga beberapa orang rakan adibah;adik ipar saya itu. Oh tidak lupa keluarga abang saya dan kakak ipar saya serta 2 orang puteri kecilnya hana dan nuna.

Majlis kecil-kecilan ini diadakan pada hari Ahad bersamaan 25 September 2011 bersempena raya dan juga kira  macam house warming lah juga sebab sejak pindah duduk sini,kami xpernah pun ajak kawan-kawan datang untuk makan-makan. Maka, encik suami telah memerap/memujuk saya untuk buat masak-masak juga atas desakan bebrapa kawannya terutamnya R*den haha.Ok baiklah-baiklah isteri hanya menurut perintah maka proses pemikiran menu pun bermula. Selepas behempas pulas berfikir menolak manambah kos,kekuatan dan kemalasan saya, maka akhirnya menu yang disetujui ialah nasi tomato,ayam masak merah,acar timun dan nenas, puding kustard sedikit2,papadom, rojak buah-buahan dan juga buah tembikai.Air pula ialah sirap selasih.

Disebabkan kami ini hidup hanya bertiga buat masa ini,maka kelengkapan peralatan memasak dan penyediaan itu hanyalah sangat basic lah kan.Adoii kena p pulak cari bekas2 dan utensils yang bersesuaian untuk open house ini. Selepas survey mensurvey,maka siaplah semua barang2 itu kami beli sekadarnya.

Disebabkan kami ini bongkak(hahahahha),maka pada hari Sabtu malam kami semua berlagak untuk tidak buat apa-apa,hatta mengupas kulit buah-buahan rojak pun. Alasan,esok dannnnn punyaa. Kita buat esok sahajalah,kalau buat malam ni takut xsegar ka basi ka.Ok fine fine semua bongkak haha.Hanya puding kustard sahaja dikerjakan pada malam itu.Yang lain,esoooooooookk sahajalah!

Dan pada keesokan harinya,bermula the adventure. Ayam masih di kedai,bawang pn masih di kedai hahaha.Start memasak pukul 9+ atau 10 pagi macam tu,sampaiiiiilah pukul 3 petang.Subhanallah penat ya rabbi!Hahahaha.Tulah bongkak lagi kan dah extra penat n kalut adoii.Masak ayam masak merah sekawah la juga,6 ekor kot smua,nasi tomato 4 kali masak periuk karan tu lah,kemas rumah,kemas dapur,kupas buah..adoiii!bru tau penat jga rush2 mcm ni.Nasib baik on time hehe.Nasib baik adik ipar saya sangat rajin dan xhenti2 buat kerja,encik suami pulak xhenti2 atas kereta pergi beli barang haha.

suami yang sakit2 lpas eksiden..masih tegar nak buat open house hihi

And alhamdulillah,rezeki murah kak ipar saya kak Firah sponsor kuah rojak yang dipuji2 tetamu atas kesedapannya(home made kuah rojak)dan juga puding karamel.Bertambahlah menu open  house raya-raya kami ini hihi..Dan tetamu first yang hadir ialah tak lain xbukan abg najib sekeluarga lah.hahaha..Depa smpai makanan xready lagi tapi dah siap masak lah,haa kecuali acar.

family abang!

 rakan2 SKL dlu:sue,pnut n asyraf.thanks for coming guys!

Selepas tu dalam pukul 3-4,tetamu pun mula sampai.Kontinjen diketuai oleh Mr Yong jiran sebelah yang sungguh bergaya berseluar slack berbaju kemeja ouh sungguh kemas dan terharu.Selanjutnya diikuti oleh sue,asyraf,b pnut rakan2 sekolah lama.Keluarga kak kaifa jiran depan dan juga 'anak2' suami saya iaitu alan dan adi serta pasangan.lpas tu amir  dan lpas tu mungkin rakan2 uitm suami dan rakan2 adibah.penuh dan riuh umah seronok!

 kak kaifa tgah confuse ke tu haha

Beransur magrib,masing2 pun dah nak balik.Maka berkemas2 pulak kami rumah2 tu.Eh saya xkemas sgt sbb saya lupa yg saya belum makan hehe. Maka saya makan dan suami serta adik mengemas. Malam tu pulak kami membawa bekal kepada maklang yang kebetulan datang ke KL untuk tanda kertas UPSR.Sempat round2 SOGO hahaha.

Overall alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Walaupun semua menu masak sendiri,tapi tak dak la yang sakit perut haha.Paling best,this is like a bonding sessions btween us and neighbours,and also frens.Boleh kenal lg rapat dgn jiran2,kalau x mmg xtau la sapa jiran kami tskk tskk.

Oh itu sahajalah update open house.Nah sajian makanan..eh gambar.Tak banyak sgt pun sebab segan haha


 jemput makan=)

 anak abah:mira,adi,alan

 kak fira n buna comei

 hana cantik hehe
 hana n cik busuk

 rakan2 dibah
amir sunway..susah payah jauh2 dtg.thankss!

 kawan2 uitm hubby

 america's next top model bwahaha

 hujung2 baru ingat nak amik gmbaq..serdak2 sajalah haha


"hai mai pakat beli umah tang ni nanti",kata si baju putih gumuk2

Thursday, September 29, 2011

unifi oh unifi haiiii

pasaeyypaaa habaq mai pasaypaaaa kena buffer lama bru boleh tgok drama?aigoo geyammmmmm shayeeee.xmau kwn hmmh!

Sunday, September 18, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432/2011!

Assalamualaikum.

...NAHHH!!!tudia lama gila x tulis kat sini hihi.Sebulan lebih mestilah berlonggok-longgok cerita terbaru dan terkini kan. Tapi yang pastinya apa-apa pun.mesti nak kena ucapkan salam Selamat Hari Raya Aidilfitri dulu buat semua yang mengenali diri ini dan suami serta keluarga. Harap maaf lah kalau selama ini terbuat salah dan silap sama ada melalui perbuatan atau perkataan.

Macam yang diketahui,raya tahun ini adalah raya pertama kami sbagai suami isteri. Alhamdulillah, so far so good. Tiada drama air mata tv2 untuk nak tentukan nak balik raya rumah mana sebab dekat2 sajer rumehnyewww haha. Tapi,dekat2 pun mestilah pilih satu untuk lokasi pertama berhari raya dan bersolat raya. Namun itu tidak susah,kerana saya sendiri beralah(cet!haha) dan memilih untuk beraidilfitri pertama di rumah mertua. Meriah juga mcm kat rumah sndri sbb gelagat adik2 ipar yang menyeronokkan haha.Tema adalah biru-hijau main hantam sajalah haha. Pada malam raya ada sedikit drama baju raya tidak muat,nasib baiklah ada ayah dan mak yg baik hati haha. Siapa tah kan encik suami kan?hehe

biru -hijau: his side

Selesai sembahnyang raya ada sesi bermaaf2an bersama kluarga.Salam2 peluk cium semua,maka kami pun pergi beraya.Adik2 ipar pulang ke rumah tok suami manakala kami berdua pulang ke rumah saya pula untuk beraya.Tiba di rumah, perasaan menikmati mee bandung home-made di pagi raya amatlah menakjubkan haha. Sedap dan syahdu!Rumah adalah penuhhh dengan tetamu memandangkan rumah saya terletak di hadapan surau menjadikan ia lokasi serbuan jemaah sebaik sahaja tamat solat sunat raya. Hal ini membuatkan encik suami kaget dan terkejut kerana tidak pernah menyaksikan dan menjangkakan perkara itu hhaha comel.


ad-dhuyuuf


warna warni riang ria aidilfitri-at my side

Lepas tu,kami pergi beraya ke rumah2 jiran sebelah.Maklumla pengantin baru,nanti x pergi kena gossip plak haha kan bahaya maka pergilah kami menjelajah.

Eh penatlah taip haha..xpa xpa teruskan demi pembaca tegar haha. Petang itu kami pergi ke rumah tok suami pula untuk berhari raya.Hampir malam,pulang semula ke rumah mertua.Waaahhhh hari raya yang padat dan memenatkan tapi menggembirakan hehe.Seronok2=)

Hari2 seterusnya x payah tulis la kot japg meleteup pulak komputer dek tulisan yg melampau2 banyaknya haha.Masin keyboard nnt eh kena air liur bas* sbb tertdoq baca entry wahahah.

Okla sampai di sini sahaja bai2.nah gambar loveeeee hahaha




sorry self narcissist.dont-hate-us hahaha

p/s:raya kali ini best sbb dapat duit raya lagi.baaanyaaakkk pulak tu!hahhaa

Thursday, August 11, 2011

Puasa pertama kami

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,harini dah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.Apa khabar anda semua haha?Harap-harap sihat dan sentiasa sihat untuk berpuasa no..Puasa tahun ini juga ialah puasa pertama aku..eh sat,xhabis lagi ayat haha...puasa pertama aku sebagai seorang isteri.hehe.N the same goes to mr husband,this is his first puasa as a husband.Syukur alhamdulillah.

Perasaan?Hmm special sikit la,rasa lain sikit...N paling penting puasa kali ni puasa kat Malaysia haha.Yang lain mcm sama ja haha. Mksud aku,kalau kata kena masak,dulu masa kat aussie pun kena masak jga untuk housemates,gilir2 la tiap hari.Cuma yang beza sikit kali ini kena bangun sahur extra awai sbb kena masak untuk mr husband..Mr husband pulak mmg jenis yang mangkit sahur(or soq orang kedah kata) so nak xnak kna la bangun.Masak cincai2 skit then siap la haha.

Dan tahun ni jga best sikit sebab p tarawih ada orang teman n tunggu.Mula2 dulu kami p tarawih dekat surau dekat2 ni ja,pastu next 2 days tu try plak kat masjid sirajuddin anuar dekat jalan besaq depan rumah.Then lepas tu terus decide nak solat terawih kat masjid ja sebab lagi best,lagi ramai,n lagi sejuk sbb ada aircond hahah.

Oklah,malas nak rembiang2 banyak haha.Untuk semua orang,selamat berpuasa dan selamat membuat amal ibadah banyak-banyak.Semoga semua amalan kita ikhlas dan diterima Allah SWT.Amin.



kawaiii hik3...selamat berpuasa pertama sebagai suami isteri sayang=)

Wednesday, July 27, 2011

...sambungan:kisah kawin-kawin 2

Assalamualaikum

Diam tak diam,harini dah lebih 7 bulan kami kahwin, to be exact, 7 bulan 3 hari. Alhamdulillah summa Alhamdulillah. Tak tau lah pasaipa 2 3 harini dok belek album gambar kahwin,rindu hari kenduri kot. Ataupun terjangkit dengan demam kahwin yang melanda dan bakal melanda rakan2 haha..Opss sebelum terlupa, tahniah kepada batchmate Adelaide dlu, Puan Noorani Salimah Sakhon dan pasangannya Nafis..Maaf xdapat p kenduri walaupun ko dah send jmputan.Semoga rumahtangga yang dibina diberkati dan bahagia sampai syurga=)


Belek2 entry lama,rasanya aku xhbis crta lagi pun pasai kenduri kahwin kami haha.(xpa simpan lama2 boleh buat modai). Mula-mula ni nak cerita sebelah aku dlu lah,pada 25 Disember 2010, cuti raya Krismas. Untuk entry lama-lama boleh check ini,ini dan ini..Ok lah,sebelah kenduri aku ni tema asalnya patut warna TEAL tapi disebabka tuan badan berada beribu batu jauh dari tanah air,maka tiba2 telah menjadi kaler TURQOISE haha.Kira aci la kan..Kalau ikut angan2,mmg penah angan2 nak kaler turqoise pun...Tukang beli kain adalah mama n kak firah,dan baju telah dijahit sendiri oleh MAMA saya.Talented she is,tapi x menurun kat anak2 hahahaha.


hik3 kurus jugak aku haha

Macam hari akad juga,aku mekup kat kedai kak yani.So siap2 mekup,baliklah ke rumah .Ketaq jangan kata lah haha..Sampai2 rumah tengok2 menteri besar kedah dah dok makan nasi bawha khemah dh. Dia mai awai sbb ada fnction lain with sultan later on,so xpala dia mai awai xdan jumpa pngantin laki -_-...Ust Azizan ni sbnrnya best fren baba,mngaji skali dr sek menengah smpai uni.



Majlis start dlm pkul 12 lbih.Makanan smua adalah dimasak beramai-ramai oleh orang kampung a.k.a pakat..Menu haritu aku pn xtau haha sbb makan makanan pengantin n xdan pun p tengok lauk2 untuk orang ramai. Tapi yang pastinya ada ayam golek,daging gulai kot,acar buah (mama buat)n xtau dah sob3.

gerai ayam golek diimport khas

Alhamdulillah,cuaca sangat baik haritu.Rakan2 ramaiiii sanagt mai,yang xsangka pun ada jga mai.xleh nak sebut smua sbb satg xaci but to name a few sarihan,surizah,yati,adliah,mardhiah,syafiqa,and ramaaaiii lagi la.kawan2 sunway seperti syahir dan of course my angels+ashad and jga chika from adelaide cewah haha.Thank you semua sebab sudi mai knduri tisam wpun jmputan through facebook ja haha,berguna jga facebook ni=).

rakan2 tersayang yg sudah yearsss x jumpa

Dalm dok tunggu tu,pngantin laki asainya kata nak mai pkul 12.30..Tunggu punya tunggu dekat 2.30 baru smpai,padahai rumah dekat secoet ja hahaha. He claimed that bukan dia yang lmbat,tetapi masalah logistik memandangkan rombongan adalah ramai maka pasrah sahajalah.

famili baru saya

After makan2,amik gambaq bersama kluarga encik suami. Layan2 tetamu smua sampai petang. Dah petang pulak, p outdoor amik gmbar kat depan rumah berlatarbelakangkan sawah bendang dan langit mendung perghh terbaik haha.Agak lawak apabila rakan2 saya yang tidak pernah melihat bendang begitu teruja mengambil gambar hahah.layan sajalah

famili besar saya..tetapi tidak cukup korum

penat huhu

forever love insyaAllah

Malam tu plak mmg flat habis la.Esoknya knduri sebelah laki plak,Ariff balik malam tu p tolong famili dia pulak siap2.Seb bek rumah dekat hehe.Next post nanti aku teruskan dgn last part of knduri kahwin kami.

Terima kasih kepada semuaaaa pihak yang banyak sgt membantu.I love u all.Sebagai penutup,gmbaq dengan my angels hehe.Soorry yg ni ja yg ada kita smua2 haha.


Tuesday, July 19, 2011

ptd oh ptd

Assalamualaikum,

Kemarin kemarin iaitu pada 16 july 2011 merupakan hari aku pergi berperiksa.Ya,setelah lebih setahun setengah tidak menajamkan otak menjawab2 soalan peperiksaan,maka pada tarikh itu aku telah memecahkan tradisi hidup tidak berapa berkhasiat aku ini hehe. Periksaan itu dinamakan peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir diplomatik m41 adoii panjangnya nama.

Ini merupakan ujian bertulis peringkat pertama untuk jawatan pegawai tadbir diplomatik m41, PTD..Ya Allah punyala ramaiiii calon haha.Bayangkan,kat sekolah yang aku exam tu dah 300 orang calon.Tu baru satu centre,seksyen 11 shah alam.Uitm ada,sekolah lain pn ada.So kalau refer dekat penglaman2 calon terdahulu,dalam puluh-puluh ribu jugakla calon yang dipanggil temuduga hahaha maka anda bayangkanla betapa ramainya orang.Dan mengikut pendapat Fatihah melalui maklumat kakak iparnya,jawatan yg ada hanyalah sebanyak 400 kekosongan-_-...Disebabkan diri ini masih pun belum bekerja,maka tiada salahnya kita cuba haha.Oleh itu, kita berusaha dan bertawakkal!

Baiklah,sekarang saya akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan peperiksaan tersebut(yang amat memenatkan)

  • Ada 5 seksyen kesemuanya.Seksyen A,B,C,D dan E. Kesemua seksyen ini adalah dalam Bahagian 1.
Seksyen A

Soalan adalah berdasarkan pengetahuan am dan struktur-struktur pentadbiran negara dan negeri. Perihal tanggungjawab menteri,program-program kerajaan dan juga polisi yang brkaitan. Nk tahu contoh soalan?nah haha

  • Apakah portal rasmi kerajan(online)?
  • siapakah olahragawan malaysia 2010?
  • greater kl adalah plan di bwh bla bla bla...berikut,yang manakah tidak termasuk dalam pelaksanaan plan itu?
  • tugas x ialah menasihati menteri,menyampaikan laporan,bla bla bla..siapakah x?
  • trojan horse ialah sejenis?
  • ...dan banyak lagi soalan yang berjumlah 60 soalan kesemuanya.Masa 30 minit
Seksyen B

Paling menyeksa otak(bagi aku lah).Soalan adalah mathematics based and logik.Soalan kebarangkalian adalah berlambak2 sampai dah nak termuntah kira. Lain2 adalah IQ based tapi x banyak.Jumlah soalan 40.Masa 30 minit

Seksyen C

Part ni mungkin paling senang kot sebab dia bagi 2 esei BM dan 2 esei English(300-500 words). Each esei ada 5 soalan so semua 20 soalan,masa mnjawab pun sama,30 minit. Tapi jangan underestimate jga,twist juga soalan dia sbb esei tu excerpt from different sources.One of the excerp was from readers digest,kona jga la kepala hahah.

Seksyen D 

Yang ni part tulis esei.Seksyen D adalah esei bahasa Melayu,sepnjang 300-500 perkataan. Dia bagi 3 soalan,kita pilih satu. Masa menjawab ialah satu jam

Seksyen E

This part requires you to write an English essay. You're ought to choose one out of 3 topics given and write a 200-300 words essay. Time given is one hour.

So that was how I spent my Saturday weekend. Ya Allah!memang penat sangat2.Balik rumah aku n ariff 2 2 flat. Haha,padahal yang examnya sorang ja..Aku tulis experience ni untuk panduan di masa hadapan dan juga untuk calon2 lain yang akan dipanggil temuduga nanti yang tercari2 maklumat mengenai PTD exam ni.Doakan yang terbaik ya =)


alahi tomei2..hihi credits

Friday, June 24, 2011

Untuk lelaki yang pertama dalam hidup ini



Dear my hubby habibi,

Tu dok tengah sengih-sengih lah tu kan bila baca ni kan.Hahaha nee tau la bee tu=p...Sengih2 lagi?Haha ok la bagi chance la sengih banyak-banyak.Lagipun, nee suka lagi tengok awak sengih,hilang habis mata-mata hik3 comeyy sangat!Hmmm,hari ini 24 Jun kan,hari apa tah?Hehe ya ya sayang tahu=p...

B tau kan,Nee selalu dok berangan kalau lepas tengok cerita drama or filem( I know u knew haha)..contohnya:Syoknya Nora Elena dapat suami macam Seth Tan, syoknya Nur Amina dapat suami macam Adam..Hahah awak tak jeles kan,kan?Tapikan,hakikatnya, dalam hati nee, tidak akan ada lelaki lain yang setanding dengan suami nee ni, suami ne yang paling ne sayang paling nee cinta yang 11 tahun dlu dok buat nee tertunggu kat stesyen bus HBR kot-kot kalau boleh nampak kelibat awak. Bukan nak buat apa pun,nak tengok sekilas pun ckup la. Yang membuatkan nee excited nampak KV2087, yang mata berkaca di KLIA 5 tahun dulu masa sending me off, yang sabar dan tunggu nee,lelaki pertama yang nee rindu dan nee jatuh cinta yang Alhamdulillah, sekarang sudah halal menjadi suami nee, dunia akhirat.

Untuk suami yang tercinta, Mohd Ariff bin Ahmad, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 24 pada 24 Jun 2011 ini !Ini kali pertama kita sambut birthday awak bersama-sama kan and i am excited=).Sempena itu,nee doakan semoga Allah murahkan dan berkati  rezeki kita,dimudahkan segala urusan dan semoga kasih sayang b untuk nee dan kasih sayang nee untuk b kekal sampai syurga dan diredhai Allah sampai bila-bila. Terima kasih kerana sudi menerima nee and all my flaws, dan terima kasih juga kerana menjadi suami yang terbaik untuk nee. I love u sayang...

p/s: dahulu, nee ingat ne dah ada hadiah yang paling istimewa dah untuk bee.tapi as we both know, Allah lebih sayangkan dia. n nee believe He must be sending his love from jannah to u on the day of your birthday...
p/p/s:happy 6 months wedding anniversary too sayang!

with love,
Ibtisam Ismail



(Nee tulis dan padam,tulis balik padam tulis n padam tau untuk entry ni. Sebab nee xtau apa ayat yang terbaik dan paling sesuai hihihi)

Wednesday, June 22, 2011

Kegilaan terkini

Assalamualaikum

Wehoooo introducing my current new obsession..well kinda 'obsession' it is. Super duper cute.If you ask me which one is that 'cute' obsession,I would say BOTH,the boy and the ukelele!Haha adoii kenot tahan comeynyaaaaaaaaaaaaa=))



p/s:ariff dok jeles aku dok men blog maka dia dok tiru suara budak ni tp dgan extra sengauuu hahahaha.comey cubit maw?=p

Thursday, May 26, 2011

150 days of summer

Assalamualaikum

Alamakkkk terlepas 2 hari sudah!haha..sebenarnya entry kali ini nak tulis pasai our 150 days of summer cewwah haha aka 5 months wedding anniversary tapi nampaknya dah terlajak jadi 5 months and 2 days..kira aci la kan haha.Biasala,perempuan ni  kan very meticulous dalam hal-hal ulanghari,ulangbulan dan ulangtahun ni.So aku dok bising-bising kat Encik Suami wish dia selamat ulangbulan ke 5 bee on 12 am 24 may haritu!Dia pun balas la dalam mamai x mamai lepas aku wish tu haha.

Encik Suami tu dok pelik aku dok wish apa,bukan setahun lagi kan. Aku pun dengan yakin balas la memangla x setahun,tapi nak wish bulan-bulan n today marks the fifth months..lepastu,lepas dia dengar,ada ka patut dia balas,"Kalau macam tu,baik la wish hari-hari.Lagi best",pastu dia gelak besar.. T_T...sob sob sob owh menangis batinku mendengar jawapan bernas beliau itu haha.Suami suami,seb baik comel kih3.

Tak reti nak tulis yang mellow-mellow tapi untuk Encik Suami, nee nak wish again Happy 5 Months 'Anniversary'!haha..May our love last till jannah.I love you so so so much!Thank you for being the bestest hubby and pandang sebelah mata(kadang-kadang macam 'buta' terus) segala kesalahan dan kekurangan nee selama ini hehehe.Jomla p Korea lagi hahahhaahhhaha nnt kena katok la ni haha.I LOVE U abang!


rindu saat ini..hehe

p/s:harini nak buat ikan cencaru sumbat requested by non other than Encik Suami memandangkan stok ayam sudah berkurangan dalam peti es...owh and Happy Thursday people!puasa dak?hehe.saya puasa(ganti la tapi) haha

Friday, May 20, 2011

Menjengah masa depan

Assalamualaikum

Udara sekarang adalah nyaman kerana hujan baru sahaja turun mencurah-mencurah bagaikan mutiara membasahi bumi ini ahai seronok kalau boleh tiduur hehe. Tapikan, alahai,aku baru saja basuh baju dan belum dijemur lagi,macam mana tah?Hmm,jemur esok sajalah untung2 esok panas. Kalau x panas juga,terpaksa mengaplikasikan pengunaan mesin basuh dengan fungsi microwave melalui cara membiarkan pakaian di dalamnya dan ia secara tak langsung akan menghangatkan pakaian seterusnya mengeringkannya. Haha tenang tenang. Itu gurauan sahaja untuk menceriakan hati kita walaupun aku tahu ramai juga yang dah buat macam tu kan tak payah tipu hihi.

Lama tak menulis.Aku macam ni lah,masih setia melewati hari-hari sepi di sini hahah.Perihal kerja? Masih mencari dan menunggu. Tapi aku rasa aku lebih banyak menunggu daripada mencari kerana aku ini jenis yang mudah berharap dan kuat berangan. Masih tidak pasti dengan kehendak hati sendiri,loghat-loghat.Kalau ada sesiapa nak tawarkan kerja kosong,dialau-alukan. Tapi kena lihat juga kerja apa haha mengada-ada.

Keluarga?Alhamdulillah semua sihat-sihat sahaja.Terkejut bila 3 hari yang lalu dapat panggilan telefon daripada mama memberitahu bahawa beliau dan baba kini sedang berada di airport Penang untuk bertolak ke Sarawak bercuti. Pergh,p honeymoon kot tu hahah. Mama,tak perlu la susah-susah beli ikan terubuk ke,ikan masin ke tapi kalau dapat kek lapis pun cukuplah ok!Hehe.Mak,ayah dan ibu serta bapa saudara(sebelah Encik Suami) akan bertolak ke Mekah minggu hadapan maka kami selaku abang dan 'kakak' sulung akan pulang ke kampung(yayyy!) melihat adik-adik sebelum kakak kedua iaitu si adik ipar mengambil alih tugas menjadi ibu dan ayah kepada sepupu sepapat haha. Good luck Adibah!=)


Ya Allah lagi satu,undangan perkahwinan bersepah-sepah ya Allah. Dan, aku sebagai diri aku sangat teruja kerana inilah kali pertama aku akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat sendiri selepas banyak kali terlepas dek kedudukan latitud dan longitud yang berbeza. Teringat masa kami dahulu hik3,mesti semua orang pun tengah sibuk membuat persiapan. Semoga Allah mudahkan segalanya ya!

Dan untuk Ira,terima kasih kerana masih sudi membaca picisan hati kak Tsam yang x seberapa ini hahah dan sudi menanti update-update terkini kes3. Malu aiii=p

p/s:tajuk macam gah haha.mcm besa xbest kalau xletak gambaq hehe

our sweet escape...with my mr sunshine=)

Wednesday, April 27, 2011

Tiba-tiba rindu...

Untuk mama dan baba...rinduu..



..and happy belated bithday mama.Cik loves you so dearly much!

Tuesday, April 19, 2011

Fettucini Carbonara

Assalamualaikum

Petang-petang macam ni selalunya tengah dinner,tetapi memandangkan tadi encik suami sms kata dia balik lambat sikit,maka bertapaklah aku kat depan komputer ni sat.SAT saja haha...Tengok-tengok,dah lama juga dah x update blog ni,tapi ada ka orang nak baca haha.Tak kisahlah kan ada ka dak, bak kata Aina "I write to express,not to impress".Like this quote,good one good one=). Tulis nak bagi kurang masalah hehe.

Haritu aku kata nak tulis entry pasal graduation kan.Alamak,macam malas la pulak..Hmm,tulis secara summary je la hehe:

  • Graduation diadakan pada 26 March 2011 di Ngee Ann Polytechnic,Clementi Road,Singapore
  • Kami; baba,mama,kak long,izzah,encik suami dan aku bertolak dari kl pada malam 25 hb tu menggunakan Air Asia then turun di Changi Airport.Pulang juga melalui cara sama pada malam 27 March 2011.
  • Generally,melalui pemerhatian secara kasar kami, kami simpulkan bahawa Singaporean(bukan SEMUA) adalah sombong dan mempunyai perasan sangat-berbangga-menjadi-rakyat-Singapura.Ada beberapa insiden 'naik hangin' yang berlaku sehinggakan menjurus kepada kesimpulan ini dibuat. Kebanyakan kaum yg kita tahu la paling ramai mendiami pulau itu. Sabar saja la.
  • Disebabakan attitude mereka yang sangat tidak helpful itu,maka proses jalan-jalan adalah agak sukar dan agak memberi tekanan haha. 
  • Alhamdulillah,dapat jumpa mosf of my frens seperti Ahlami,Fatihah,Syifa,Arshad,Mary,Iza,Izy,Yasmin dan ramai lagi.Majlis juga berlangsung dengan lancar
  • Makanan yang disajikan adalah SANGAT sedap!Mungkin juga sebab saya terlalu lapar hehe
  • Impian saya yang dahulu telah tercapai.Alhamdulillah ya Allah kerana memberikan kesempatan ini untuk diraikan bersama orang-orang yang tersayang.Juga bersama si kecil hihi.

Ok lah,rasanya dah menyimpulkan segalanya tentang perjalanan graduasi kali ini.Masa untuk gambar.Ayuh!haha








ok bye!salam

p/s:eh tajuk fettucini carbonara tu menu hari ini permintaan encik suami.hi hi hi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...