Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 26, 2011

150 days of summer

Assalamualaikum

Alamakkkk terlepas 2 hari sudah!haha..sebenarnya entry kali ini nak tulis pasai our 150 days of summer cewwah haha aka 5 months wedding anniversary tapi nampaknya dah terlajak jadi 5 months and 2 days..kira aci la kan haha.Biasala,perempuan ni  kan very meticulous dalam hal-hal ulanghari,ulangbulan dan ulangtahun ni.So aku dok bising-bising kat Encik Suami wish dia selamat ulangbulan ke 5 bee on 12 am 24 may haritu!Dia pun balas la dalam mamai x mamai lepas aku wish tu haha.

Encik Suami tu dok pelik aku dok wish apa,bukan setahun lagi kan. Aku pun dengan yakin balas la memangla x setahun,tapi nak wish bulan-bulan n today marks the fifth months..lepastu,lepas dia dengar,ada ka patut dia balas,"Kalau macam tu,baik la wish hari-hari.Lagi best",pastu dia gelak besar.. T_T...sob sob sob owh menangis batinku mendengar jawapan bernas beliau itu haha.Suami suami,seb baik comel kih3.

Tak reti nak tulis yang mellow-mellow tapi untuk Encik Suami, nee nak wish again Happy 5 Months 'Anniversary'!haha..May our love last till jannah.I love you so so so much!Thank you for being the bestest hubby and pandang sebelah mata(kadang-kadang macam 'buta' terus) segala kesalahan dan kekurangan nee selama ini hehehe.Jomla p Korea lagi hahahhaahhhaha nnt kena katok la ni haha.I LOVE U abang!


rindu saat ini..hehe

p/s:harini nak buat ikan cencaru sumbat requested by non other than Encik Suami memandangkan stok ayam sudah berkurangan dalam peti es...owh and Happy Thursday people!puasa dak?hehe.saya puasa(ganti la tapi) haha

Friday, May 20, 2011

Menjengah masa depan

Assalamualaikum

Udara sekarang adalah nyaman kerana hujan baru sahaja turun mencurah-mencurah bagaikan mutiara membasahi bumi ini ahai seronok kalau boleh tiduur hehe. Tapikan, alahai,aku baru saja basuh baju dan belum dijemur lagi,macam mana tah?Hmm,jemur esok sajalah untung2 esok panas. Kalau x panas juga,terpaksa mengaplikasikan pengunaan mesin basuh dengan fungsi microwave melalui cara membiarkan pakaian di dalamnya dan ia secara tak langsung akan menghangatkan pakaian seterusnya mengeringkannya. Haha tenang tenang. Itu gurauan sahaja untuk menceriakan hati kita walaupun aku tahu ramai juga yang dah buat macam tu kan tak payah tipu hihi.

Lama tak menulis.Aku macam ni lah,masih setia melewati hari-hari sepi di sini hahah.Perihal kerja? Masih mencari dan menunggu. Tapi aku rasa aku lebih banyak menunggu daripada mencari kerana aku ini jenis yang mudah berharap dan kuat berangan. Masih tidak pasti dengan kehendak hati sendiri,loghat-loghat.Kalau ada sesiapa nak tawarkan kerja kosong,dialau-alukan. Tapi kena lihat juga kerja apa haha mengada-ada.

Keluarga?Alhamdulillah semua sihat-sihat sahaja.Terkejut bila 3 hari yang lalu dapat panggilan telefon daripada mama memberitahu bahawa beliau dan baba kini sedang berada di airport Penang untuk bertolak ke Sarawak bercuti. Pergh,p honeymoon kot tu hahah. Mama,tak perlu la susah-susah beli ikan terubuk ke,ikan masin ke tapi kalau dapat kek lapis pun cukuplah ok!Hehe.Mak,ayah dan ibu serta bapa saudara(sebelah Encik Suami) akan bertolak ke Mekah minggu hadapan maka kami selaku abang dan 'kakak' sulung akan pulang ke kampung(yayyy!) melihat adik-adik sebelum kakak kedua iaitu si adik ipar mengambil alih tugas menjadi ibu dan ayah kepada sepupu sepapat haha. Good luck Adibah!=)


Ya Allah lagi satu,undangan perkahwinan bersepah-sepah ya Allah. Dan, aku sebagai diri aku sangat teruja kerana inilah kali pertama aku akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat sendiri selepas banyak kali terlepas dek kedudukan latitud dan longitud yang berbeza. Teringat masa kami dahulu hik3,mesti semua orang pun tengah sibuk membuat persiapan. Semoga Allah mudahkan segalanya ya!

Dan untuk Ira,terima kasih kerana masih sudi membaca picisan hati kak Tsam yang x seberapa ini hahah dan sudi menanti update-update terkini kes3. Malu aiii=p

p/s:tajuk macam gah haha.mcm besa xbest kalau xletak gambaq hehe

our sweet escape...with my mr sunshine=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...