Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Open house raya-raya kami!

Assalamualaikum semua!

Ok harini nak membebel sedikit pasal open house raya-raya kami yang telah berlalu sebulan yang lepas haha. Majlis kecil-kecilan sahaja,hanya memanggil jiran2,beberapa orang rakan saya,banyak kawan encik suami dan juga beberapa orang rakan adibah;adik ipar saya itu. Oh tidak lupa keluarga abang saya dan kakak ipar saya serta 2 orang puteri kecilnya hana dan nuna.

Majlis kecil-kecilan ini diadakan pada hari Ahad bersamaan 25 September 2011 bersempena raya dan juga kira  macam house warming lah juga sebab sejak pindah duduk sini,kami xpernah pun ajak kawan-kawan datang untuk makan-makan. Maka, encik suami telah memerap/memujuk saya untuk buat masak-masak juga atas desakan bebrapa kawannya terutamnya R*den haha.Ok baiklah-baiklah isteri hanya menurut perintah maka proses pemikiran menu pun bermula. Selepas behempas pulas berfikir menolak manambah kos,kekuatan dan kemalasan saya, maka akhirnya menu yang disetujui ialah nasi tomato,ayam masak merah,acar timun dan nenas, puding kustard sedikit2,papadom, rojak buah-buahan dan juga buah tembikai.Air pula ialah sirap selasih.

Disebabkan kami ini hidup hanya bertiga buat masa ini,maka kelengkapan peralatan memasak dan penyediaan itu hanyalah sangat basic lah kan.Adoii kena p pulak cari bekas2 dan utensils yang bersesuaian untuk open house ini. Selepas survey mensurvey,maka siaplah semua barang2 itu kami beli sekadarnya.

Disebabkan kami ini bongkak(hahahahha),maka pada hari Sabtu malam kami semua berlagak untuk tidak buat apa-apa,hatta mengupas kulit buah-buahan rojak pun. Alasan,esok dannnnn punyaa. Kita buat esok sahajalah,kalau buat malam ni takut xsegar ka basi ka.Ok fine fine semua bongkak haha.Hanya puding kustard sahaja dikerjakan pada malam itu.Yang lain,esoooooooookk sahajalah!

Dan pada keesokan harinya,bermula the adventure. Ayam masih di kedai,bawang pn masih di kedai hahaha.Start memasak pukul 9+ atau 10 pagi macam tu,sampaiiiiilah pukul 3 petang.Subhanallah penat ya rabbi!Hahahaha.Tulah bongkak lagi kan dah extra penat n kalut adoii.Masak ayam masak merah sekawah la juga,6 ekor kot smua,nasi tomato 4 kali masak periuk karan tu lah,kemas rumah,kemas dapur,kupas buah..adoiii!bru tau penat jga rush2 mcm ni.Nasib baik on time hehe.Nasib baik adik ipar saya sangat rajin dan xhenti2 buat kerja,encik suami pulak xhenti2 atas kereta pergi beli barang haha.

suami yang sakit2 lpas eksiden..masih tegar nak buat open house hihi

And alhamdulillah,rezeki murah kak ipar saya kak Firah sponsor kuah rojak yang dipuji2 tetamu atas kesedapannya(home made kuah rojak)dan juga puding karamel.Bertambahlah menu open  house raya-raya kami ini hihi..Dan tetamu first yang hadir ialah tak lain xbukan abg najib sekeluarga lah.hahaha..Depa smpai makanan xready lagi tapi dah siap masak lah,haa kecuali acar.

family abang!

 rakan2 SKL dlu:sue,pnut n asyraf.thanks for coming guys!

Selepas tu dalam pukul 3-4,tetamu pun mula sampai.Kontinjen diketuai oleh Mr Yong jiran sebelah yang sungguh bergaya berseluar slack berbaju kemeja ouh sungguh kemas dan terharu.Selanjutnya diikuti oleh sue,asyraf,b pnut rakan2 sekolah lama.Keluarga kak kaifa jiran depan dan juga 'anak2' suami saya iaitu alan dan adi serta pasangan.lpas tu amir  dan lpas tu mungkin rakan2 uitm suami dan rakan2 adibah.penuh dan riuh umah seronok!

 kak kaifa tgah confuse ke tu haha

Beransur magrib,masing2 pun dah nak balik.Maka berkemas2 pulak kami rumah2 tu.Eh saya xkemas sgt sbb saya lupa yg saya belum makan hehe. Maka saya makan dan suami serta adik mengemas. Malam tu pulak kami membawa bekal kepada maklang yang kebetulan datang ke KL untuk tanda kertas UPSR.Sempat round2 SOGO hahaha.

Overall alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Walaupun semua menu masak sendiri,tapi tak dak la yang sakit perut haha.Paling best,this is like a bonding sessions btween us and neighbours,and also frens.Boleh kenal lg rapat dgn jiran2,kalau x mmg xtau la sapa jiran kami tskk tskk.

Oh itu sahajalah update open house.Nah sajian makanan..eh gambar.Tak banyak sgt pun sebab segan haha


 jemput makan=)

 anak abah:mira,adi,alan

 kak fira n buna comei

 hana cantik hehe
 hana n cik busuk

 rakan2 dibah
amir sunway..susah payah jauh2 dtg.thankss!

 kawan2 uitm hubby

 america's next top model bwahaha

 hujung2 baru ingat nak amik gmbaq..serdak2 sajalah haha


"hai mai pakat beli umah tang ni nanti",kata si baju putih gumuk2

Wednesday, December 23, 2009

home alone!

salam
rasa nak guna ganti nama saya pulak la kali ni.hik3

dalam entry ni,saya nak buat serba sedikit ringkasan tentang kehidupan pasca periksaan di kala musim panas yang membahang di bumi adelaide ini.penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan diterapkan dalam 'entry'(dengan izin) ini.

1.kehidupan pasca peperiksaan kebelakangan ini hanyalah berlegar di sekitar lapangan terbang.mana taknya,hampir kesemua rakan-rakan pulang ke malaysia bercuti.tidak lupa juga rakan-rakan yang pulang buat selamanya ke malaysia,back for good(dengan izin)selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di sini seperti hafidzah yang mana saya selalu memnaggilnya dengan nama fitzroy.hihi.


fizroy,alia dan saya.muka menangis.hehe



2.saya tinggal seorang di rumah.ada beberapa orang rakan lagi yang senasib seperti saya namun apakan daya,saya rasa lebih selesa berpeleseran di rumah sendiri berbanding rumah rakan yang lain.walaupun agak sunyi,namun saya lebih senang memilih selesa berbanding kemeriahan.tinggal seorang bermakna saya perlu memasak untuk diri sendiri dan mengemas rumah dan bilik serta ruang2 rumah yang lain.hal ini membuatkan saya berasa seperti seorang suri rumah kepada seorang suami yang bekerja jauh dan lama seperti kerjaya seorang pilot(haha,sila gelak)


eh eh abang pak cik pilot!haha

3.perayaan christmas semakin hampir.begitu jugalah halnya dengan kemeriahan kedai-kedai membuat tawaran-tawaran hebat dengan harga yang masih mahal setelah ditukar kepada ringgit malaysia.haha.namun,saya berasa terselamat kerana tidak membeli set pinggan noritake ketika saya pergi ke harris scarfe kelmarin.ini kerana,sebaik sampai di rumah,saya telah membelek katalog pasca christmas di mana harga set pinggan yang sama akan diturunkan sebanyak 25% lagi bermula 26 disember.alhamdulliah saya tidak membeli pada hari itu.

pak cik santa yang pegang-pegang pinggang orang

4.saya rasa toleransi saya terhadap barang-barang yang dipamerkan di kedai adalah semakin berkurang.manakan tidak,saya rasa tidak lengkap jika ke pasar raya namun pulang dengan tangan kosong.jiwa saya rasa akan rasa hampa dan kosong haha.oleh itu,saya TERPAKSA berbelanja bagi menyelamatkan ketenteraman jiwa.huhu


5.oh hampir terlupa.beberapa hari yang lalu,saya telah berpergian ke GOOLWA,salah sebuah destinasi pelancongan di selatan asutralia ini.tempat ini terkenal dengan kecantikan pantainya,juga deruan ombak yang mengasyikkan serta aktiviti menangkap kepah di tepian pantai.terdapat ramai 'mat salleh' yang berjemur di bawah terik matahari yang amat membakar sehingga cair vaseline saya yang baru saya beli.ya,ini kisah benar,bukan sekadar hiperbola.tumpah separuh vaseline tersebut.keadaan ini menggambarkan betapa panasnya suhu pada hari tersebut.benar-benar panas membakar muka dan badan.saya syak 43 darjah celcius.di sini juga,buat PERTAMA kalinya saya MANDI di laut australia.perasaanya sungguh tak dapat digambarkan.seronok terharu dan sungguh ceria.walaupun cuaca panas,namun sebaik sahaja anda berada di dalam air laut itu,suhunya adalah lebih sejuk.sungguh,jika tiada rezeki saya di sini tahun depan,saya tdak akan berasa ralat kerana saya sudah ada pengalaman mandi di laut australia.bolehla ceritakan kepada anak cucu nanti.hehe


6.sepanjang cuti sekolah ini,sungguh banyak jemputan kahwin yang diterima.namum,memandangkan saya hanya bermastautin di adelaide,maka tidaklah saya dapat penuhi jemputan-jemputan tersebut.kepada pengantin-pengantin dan bakal-bakal pengantin,semoga Allah memberkati perkahwinan anda selamanya.betolak ansur dan terima pasangan anda seadanya.insyaallah,semoga berbahagia.eh,kenapa rasa nak kahwin juga ni?haha

7.ini berita yang baru saya terima sebentar tadi.alhamdulillah,kak iman saya iaitu kakak saya yang kedua telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 23 disember,jam 5.15 petang seberat 3.0 kg secara normal.bayi tersebut merupakan anak keduanya selepas beliau melahirkan anak sulungnya,nuha naqiyyah juga seorang perempuan pada 12.12.2007.cantik bukan tarikhnya?moga allah merahmati kamu semua.maaf mak cik tidak pulang dan berada di sisi kamu.sob3

8.baiklah saya kini rasa kagum dengan tata tertib bahasa melayu saya.hahaha.panjang pula entry ini.layankan sahajalah saya yang tengah sunyi ini.hehe

Monday, April 20, 2009

frens' visit

assalamualaikum

perkara:lawatan rakan2 dari auckland,ACT dan melbourne

1)rakan2 dari auckland


siapa:aida,amni,shak,laila
mcm mana kenal:aida dan laila kawan kepada ami.shak kawan ummu.amni kawan mereka.so terconnect.haha.ouh ada juga 2 org,irwan dan haziq.btol kan mi?
bila:8-11 april
tempat2 pelancongan:glenelg,city,hahndorf,uni,naik tram,makan kat fel fella
nota:xbyk teman bdak2 ni sbb ada assignment yg xsiap g.so basically ami la yg byk layan n ummu jga.tp saya teman mereka ke glenelg!sipa shopping2 lagi.haha.oh ya,mereka trus ke sydney dari adelaide.

2)rakan2 dari melbourne


siapa:aainaa kamilah dan adilah alia
mcm mana kenal:rakan sesunway dlu
bila:11-14 april
tempat2 pelancongan:mula2 najmi bawa p port adelaide.then on monday off we went to handorf with aina n wawa(akan dikenalkan kemudian).on tuesday g adelaide hills,sewa keta g gorge,toy factory,and mount lofty summit.malam tu depa bertolak balik
nota:depa ni sgt hebat.mai adelaide nek train balik naik bas.fuh,penat dooh!

3)rakan2 dari canberra,ACT


siapa:aina farihah dan wahidah(wawa)
mcm mana kenal:aina rakan gosip di sunway dlu dan wawa rumate aina skang di ANU.sila baca as A.N.U.ha ha ha)
bila:12-17 april(lama nih..ha ha ha)
tempat perlancongan:monday bawa p handorf.esok nya join trip g adelaide hills.lusa g port adelaide tgok dolphin and g st kilda playground.malam g vic sq amik gmbaq gedik kat fountain.thursday ikut kitrg g men futsal.sbb aina gian nak shopping,malam tu g harbor town.lpas tu malam2 buta nek o bahn(transformer,aina(2009)).hahah..sian aina mcm jakun sket dia ingt bas bercantum 2 tu akan terpisah dgn jayanya di hjung rail dan mmbawa haluan sndri.bukanlah aina!haha

terima kasih la kepada mereka kerana sudi dtg ke adelaide darul permai ni.best kan??i know.wahahah.nanti2 dtg la lagi.jgn lupa hbaq awai2 so kami leh ready.hehehe.n klu ada terkurang apa2 mntak maaf n halal la.terlebih tu kira rezeki la.haha.again,thanksss so much kpada smua=)



"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya.Sahabt bertanya,"Apakah layanan itu wahai Rasulullah?".Rasulullah menjawab,"Layanan istimewa selama sehari semalam,dan tempoh laynan sebagai tetamu hendaklah dalam masa 3 hari,layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah"
-muttafaqun alaih-


Sunday, April 19, 2009

friends' visit-a teaser





nama pun teaser kan..esok gua tulis.mlm ni malas.ha ha ha ha


Sunday, April 12, 2009

my best friend is getting married and i can't be there!sob sob

sob sob sob lagi
mcm mana ni..huhu
my best fren is getting married
and i can't be there on her special day
sedihhnyaaaa....
plezzz..nak balik..huhu
ouh.sungguh terkilan

p/s:semoga allah mudahkan urusan awak ye sahabat..i'll pray for ur happiness here and hereafter!muahsss

Saturday, October 18, 2008

friend indeed



When it hurts to look back, and you're scared to look ahead,
you can look beside you and your best friend will be there


last night, the south terrace girls(lynn,paim,jazz,n kak na) gave us a visit and it was a so-called jalan2 hari raya. they wore baju raya n tengok2 saja,apalagi, ami asked us(d tuan rumah rumah) to dress up like them also.hahah..merah kot mak ngah baju nyah..but as i went back for hari raya celebration before, i left all my baju rayas back in msia.haha..the one i wear last night?2005 pya baju raya..tehehe

rezeki mereka..pizza,spagetti,kuihs,kerepek,serunding..makan makan


berphotoshoot ala2 majalah remaja..haha



dapur umah kami..few said that coming to our hse is just like balik to their kampung..hah

d sweet tetamu



d gorgeous tuan umah..ahaha


all of us


p/s:if anyone yg nak mai raya,give us a ring first ya.or else, sila makan apa yg ada..haha

Wednesday, October 15, 2008

berita xberapa baru

assalamualaikum

apa khabar smua?harap sentiasa sehat
heheh
wokeyh..today,
i would like to dedicate this entry specially to my fren ayu suhana who has requsted me to post d pictures of the reunion
it was held on the 4th raya, 4 syawal 1429 and 4 october 2008
nice number innit?hehe
there were not so much pictures taken as i am pemalu
hahah(ayu jgn gelak k)
but i think this much would be enuf
n ayu,this is maybe a new info for u..
the committe mmbers elected for that day
(see the vice president name?hahaha..merajuk sakan dia that day..shy2 cat..keh2)

Presiden
Mohd Sobri Bin Ellias (UM)
Timbalan Presiden
Mashitah Binti Abdul Muthalib (UIAM)
Setiausaha
Hafizuddin Bin Abu Hassan (UIAM)
Bendahari
Ismail Salleh (UIAM)

ok people..enjoice







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...