Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 28, 2010

quick update

bosan tgok page sndri xgerak2..haha
ok some quick updates here:

1)dah start wat honours kat Lyell Mc Ewin Hospital.jauh kalau naik bas dlm sejam stgah.tp ok la takat ni enjoy lgi.semua benda pun best excpt kna bangun awal.haha

2)adelaide dah mula penuh dgn student2.junior xsmpai lgi,nnt lg ramai

3)graduation will be on 15 april 2010,2.30 pm.sapa nak mai sila2.

4)alhamdulillah,bersyukur atas segala nikmat.tahun ni tahun yg dinantikan insyaallah harap2nya smua berjalan dengan baik=)

ok ah tatau nak tulis apa.diakahiri dgn tata bai2 salam.haha

Saturday, January 9, 2010

promosi promosi!

segmen promosi

suka tudung x?kalau anda duk kat oz or new zealand or maybe kat mana ja,bleh la lawat blog kawan saya ni.alia hamzah.she's doing an online business jual tudung.bidang 60,bdang 45 n selendang smua ada.promosi promosi mari beli cantik skali pakai cntik 2 kali..hahaha.alia,i dpt dskaun x buat promosi ni?*wink wink*

Friday, January 1, 2010

jatuh cinta



hari ini 010110.happy new year everyone!semoga tahun ini lebih baik,lebih berkhasiat,lebih banyak amal dan lebih berkat daripada tahun2 sebelumnya.

Wednesday, December 30, 2009

boxing daiiiyyy

assalamualaikum

hari ini adelaide adalah sangat panas.plan kami bertiga(alia,siti dan saya) untuk ke harbour town bagi kali ke 3 telah dibatalkan kerana masing-masing terlajak bangun secara berjemaah.maklumlah,tidur pun pada pukul 5 pagi kerana menunggu subuh terlebih dahulu.maka pasrah sahaja.haha,saya menumpang kasih di rumah alia kini bersama-sama cik siti mariam.aktiviti kami hanyalah berlegar di sekitar shopping mall,dapur,bilik air dan juga bilik tidur.eh bilik tidur adalah untuk bermain internet lah,bukan yang bukan-bukan.ish,kuning sungguh kamu.haha

selepas sambutan krismas,hari boxing day pula menyusul tiba.anda tahu boxing day?kalau tidak,silalah pergi menggoogle.haha.secara dasarnya,hari boxing day ini merupakan hari di mana kedai jualan akan mengadakan jualan murah secara besar-besaran pada setiap 26 disember setiap tahun.tapi entah di mana silapnya,hari boxing ini hanya disambut pada 27 disember tahun ini di selatan australia.pelik bukan?entah apa2 la yang penting gembira.sebagai orang yang mensyukuri setiap peluang yang ada,kami juga tidak melepaskan meraikan ketibaan boxing day ini.walaupun kedudukan kewangan agak goyah,namun hal ini tidak mematahkan semangat kami.haha.kopak juga la.aisyy,mana tahan melihat harga2 murah di kedai(sebenarnya xla murah sgt pn.setiap sale pn murah mcm ni jga)

kami berboxing bkn pada 27 hb sahaja malahan daripada 26 hb lagi.haha.ke harbour town la apa lagi.tersrempak dgn ramai sungguh orang melayu di sana.buat2 xkenal pun ada,segan.haha gedik.paling best ialah pembelian purse dari nine west yang sungguh unik walaupun alia kata dia xrasa apa2.ok fine bebeh fine.

eh mari melayan gambar la.ok.sekian.haha penutup apakah ini.


             noritake ni save 1000aud.gilo apo kan?tp mmg cun habis                              jalan2 city malam


                konon2 try kasut padahal nak amik gmbaq.haha                                            ikea pn sale


sale banyak tu 50%..cunaan nak tiru gaya patung.alia sama dah but then i failed size xsama bsaq.haaha



di tea tree plaza.hirup bubble tea yg sedap sgt.


ouh bukan bukan.ini bukan beli.ini bake sendiri.hehe.yat,jeles dak?haha

pictures are all from alia hamzah.thank u bebeh




Wednesday, December 23, 2009

home alone!

salam
rasa nak guna ganti nama saya pulak la kali ni.hik3

dalam entry ni,saya nak buat serba sedikit ringkasan tentang kehidupan pasca periksaan di kala musim panas yang membahang di bumi adelaide ini.penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan diterapkan dalam 'entry'(dengan izin) ini.

1.kehidupan pasca peperiksaan kebelakangan ini hanyalah berlegar di sekitar lapangan terbang.mana taknya,hampir kesemua rakan-rakan pulang ke malaysia bercuti.tidak lupa juga rakan-rakan yang pulang buat selamanya ke malaysia,back for good(dengan izin)selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di sini seperti hafidzah yang mana saya selalu memnaggilnya dengan nama fitzroy.hihi.


fizroy,alia dan saya.muka menangis.hehe



2.saya tinggal seorang di rumah.ada beberapa orang rakan lagi yang senasib seperti saya namun apakan daya,saya rasa lebih selesa berpeleseran di rumah sendiri berbanding rumah rakan yang lain.walaupun agak sunyi,namun saya lebih senang memilih selesa berbanding kemeriahan.tinggal seorang bermakna saya perlu memasak untuk diri sendiri dan mengemas rumah dan bilik serta ruang2 rumah yang lain.hal ini membuatkan saya berasa seperti seorang suri rumah kepada seorang suami yang bekerja jauh dan lama seperti kerjaya seorang pilot(haha,sila gelak)


eh eh abang pak cik pilot!haha

3.perayaan christmas semakin hampir.begitu jugalah halnya dengan kemeriahan kedai-kedai membuat tawaran-tawaran hebat dengan harga yang masih mahal setelah ditukar kepada ringgit malaysia.haha.namun,saya berasa terselamat kerana tidak membeli set pinggan noritake ketika saya pergi ke harris scarfe kelmarin.ini kerana,sebaik sampai di rumah,saya telah membelek katalog pasca christmas di mana harga set pinggan yang sama akan diturunkan sebanyak 25% lagi bermula 26 disember.alhamdulliah saya tidak membeli pada hari itu.

pak cik santa yang pegang-pegang pinggang orang

4.saya rasa toleransi saya terhadap barang-barang yang dipamerkan di kedai adalah semakin berkurang.manakan tidak,saya rasa tidak lengkap jika ke pasar raya namun pulang dengan tangan kosong.jiwa saya rasa akan rasa hampa dan kosong haha.oleh itu,saya TERPAKSA berbelanja bagi menyelamatkan ketenteraman jiwa.huhu


5.oh hampir terlupa.beberapa hari yang lalu,saya telah berpergian ke GOOLWA,salah sebuah destinasi pelancongan di selatan asutralia ini.tempat ini terkenal dengan kecantikan pantainya,juga deruan ombak yang mengasyikkan serta aktiviti menangkap kepah di tepian pantai.terdapat ramai 'mat salleh' yang berjemur di bawah terik matahari yang amat membakar sehingga cair vaseline saya yang baru saya beli.ya,ini kisah benar,bukan sekadar hiperbola.tumpah separuh vaseline tersebut.keadaan ini menggambarkan betapa panasnya suhu pada hari tersebut.benar-benar panas membakar muka dan badan.saya syak 43 darjah celcius.di sini juga,buat PERTAMA kalinya saya MANDI di laut australia.perasaanya sungguh tak dapat digambarkan.seronok terharu dan sungguh ceria.walaupun cuaca panas,namun sebaik sahaja anda berada di dalam air laut itu,suhunya adalah lebih sejuk.sungguh,jika tiada rezeki saya di sini tahun depan,saya tdak akan berasa ralat kerana saya sudah ada pengalaman mandi di laut australia.bolehla ceritakan kepada anak cucu nanti.hehe


6.sepanjang cuti sekolah ini,sungguh banyak jemputan kahwin yang diterima.namum,memandangkan saya hanya bermastautin di adelaide,maka tidaklah saya dapat penuhi jemputan-jemputan tersebut.kepada pengantin-pengantin dan bakal-bakal pengantin,semoga Allah memberkati perkahwinan anda selamanya.betolak ansur dan terima pasangan anda seadanya.insyaallah,semoga berbahagia.eh,kenapa rasa nak kahwin juga ni?haha

7.ini berita yang baru saya terima sebentar tadi.alhamdulillah,kak iman saya iaitu kakak saya yang kedua telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 23 disember,jam 5.15 petang seberat 3.0 kg secara normal.bayi tersebut merupakan anak keduanya selepas beliau melahirkan anak sulungnya,nuha naqiyyah juga seorang perempuan pada 12.12.2007.cantik bukan tarikhnya?moga allah merahmati kamu semua.maaf mak cik tidak pulang dan berada di sisi kamu.sob3

8.baiklah saya kini rasa kagum dengan tata tertib bahasa melayu saya.hahaha.panjang pula entry ini.layankan sahajalah saya yang tengah sunyi ini.hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...