Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 11, 2011

Puasa pertama kami

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,harini dah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.Apa khabar anda semua haha?Harap-harap sihat dan sentiasa sihat untuk berpuasa no..Puasa tahun ini juga ialah puasa pertama aku..eh sat,xhabis lagi ayat haha...puasa pertama aku sebagai seorang isteri.hehe.N the same goes to mr husband,this is his first puasa as a husband.Syukur alhamdulillah.

Perasaan?Hmm special sikit la,rasa lain sikit...N paling penting puasa kali ni puasa kat Malaysia haha.Yang lain mcm sama ja haha. Mksud aku,kalau kata kena masak,dulu masa kat aussie pun kena masak jga untuk housemates,gilir2 la tiap hari.Cuma yang beza sikit kali ini kena bangun sahur extra awai sbb kena masak untuk mr husband..Mr husband pulak mmg jenis yang mangkit sahur(or soq orang kedah kata) so nak xnak kna la bangun.Masak cincai2 skit then siap la haha.

Dan tahun ni jga best sikit sebab p tarawih ada orang teman n tunggu.Mula2 dulu kami p tarawih dekat surau dekat2 ni ja,pastu next 2 days tu try plak kat masjid sirajuddin anuar dekat jalan besaq depan rumah.Then lepas tu terus decide nak solat terawih kat masjid ja sebab lagi best,lagi ramai,n lagi sejuk sbb ada aircond hahah.

Oklah,malas nak rembiang2 banyak haha.Untuk semua orang,selamat berpuasa dan selamat membuat amal ibadah banyak-banyak.Semoga semua amalan kita ikhlas dan diterima Allah SWT.Amin.



kawaiii hik3...selamat berpuasa pertama sebagai suami isteri sayang=)

Wednesday, July 27, 2011

...sambungan:kisah kawin-kawin 2

Assalamualaikum

Diam tak diam,harini dah lebih 7 bulan kami kahwin, to be exact, 7 bulan 3 hari. Alhamdulillah summa Alhamdulillah. Tak tau lah pasaipa 2 3 harini dok belek album gambar kahwin,rindu hari kenduri kot. Ataupun terjangkit dengan demam kahwin yang melanda dan bakal melanda rakan2 haha..Opss sebelum terlupa, tahniah kepada batchmate Adelaide dlu, Puan Noorani Salimah Sakhon dan pasangannya Nafis..Maaf xdapat p kenduri walaupun ko dah send jmputan.Semoga rumahtangga yang dibina diberkati dan bahagia sampai syurga=)


Belek2 entry lama,rasanya aku xhbis crta lagi pun pasai kenduri kahwin kami haha.(xpa simpan lama2 boleh buat modai). Mula-mula ni nak cerita sebelah aku dlu lah,pada 25 Disember 2010, cuti raya Krismas. Untuk entry lama-lama boleh check ini,ini dan ini..Ok lah,sebelah kenduri aku ni tema asalnya patut warna TEAL tapi disebabka tuan badan berada beribu batu jauh dari tanah air,maka tiba2 telah menjadi kaler TURQOISE haha.Kira aci la kan..Kalau ikut angan2,mmg penah angan2 nak kaler turqoise pun...Tukang beli kain adalah mama n kak firah,dan baju telah dijahit sendiri oleh MAMA saya.Talented she is,tapi x menurun kat anak2 hahahaha.


hik3 kurus jugak aku haha

Macam hari akad juga,aku mekup kat kedai kak yani.So siap2 mekup,baliklah ke rumah .Ketaq jangan kata lah haha..Sampai2 rumah tengok2 menteri besar kedah dah dok makan nasi bawha khemah dh. Dia mai awai sbb ada fnction lain with sultan later on,so xpala dia mai awai xdan jumpa pngantin laki -_-...Ust Azizan ni sbnrnya best fren baba,mngaji skali dr sek menengah smpai uni.



Majlis start dlm pkul 12 lbih.Makanan smua adalah dimasak beramai-ramai oleh orang kampung a.k.a pakat..Menu haritu aku pn xtau haha sbb makan makanan pengantin n xdan pun p tengok lauk2 untuk orang ramai. Tapi yang pastinya ada ayam golek,daging gulai kot,acar buah (mama buat)n xtau dah sob3.

gerai ayam golek diimport khas

Alhamdulillah,cuaca sangat baik haritu.Rakan2 ramaiiii sanagt mai,yang xsangka pun ada jga mai.xleh nak sebut smua sbb satg xaci but to name a few sarihan,surizah,yati,adliah,mardhiah,syafiqa,and ramaaaiii lagi la.kawan2 sunway seperti syahir dan of course my angels+ashad and jga chika from adelaide cewah haha.Thank you semua sebab sudi mai knduri tisam wpun jmputan through facebook ja haha,berguna jga facebook ni=).

rakan2 tersayang yg sudah yearsss x jumpa

Dalm dok tunggu tu,pngantin laki asainya kata nak mai pkul 12.30..Tunggu punya tunggu dekat 2.30 baru smpai,padahai rumah dekat secoet ja hahaha. He claimed that bukan dia yang lmbat,tetapi masalah logistik memandangkan rombongan adalah ramai maka pasrah sahajalah.

famili baru saya

After makan2,amik gambaq bersama kluarga encik suami. Layan2 tetamu smua sampai petang. Dah petang pulak, p outdoor amik gmbar kat depan rumah berlatarbelakangkan sawah bendang dan langit mendung perghh terbaik haha.Agak lawak apabila rakan2 saya yang tidak pernah melihat bendang begitu teruja mengambil gambar hahah.layan sajalah

famili besar saya..tetapi tidak cukup korum

penat huhu

forever love insyaAllah

Malam tu plak mmg flat habis la.Esoknya knduri sebelah laki plak,Ariff balik malam tu p tolong famili dia pulak siap2.Seb bek rumah dekat hehe.Next post nanti aku teruskan dgn last part of knduri kahwin kami.

Terima kasih kepada semuaaaa pihak yang banyak sgt membantu.I love u all.Sebagai penutup,gmbaq dengan my angels hehe.Soorry yg ni ja yg ada kita smua2 haha.


Tuesday, July 19, 2011

ptd oh ptd

Assalamualaikum,

Kemarin kemarin iaitu pada 16 july 2011 merupakan hari aku pergi berperiksa.Ya,setelah lebih setahun setengah tidak menajamkan otak menjawab2 soalan peperiksaan,maka pada tarikh itu aku telah memecahkan tradisi hidup tidak berapa berkhasiat aku ini hehe. Periksaan itu dinamakan peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir diplomatik m41 adoii panjangnya nama.

Ini merupakan ujian bertulis peringkat pertama untuk jawatan pegawai tadbir diplomatik m41, PTD..Ya Allah punyala ramaiiii calon haha.Bayangkan,kat sekolah yang aku exam tu dah 300 orang calon.Tu baru satu centre,seksyen 11 shah alam.Uitm ada,sekolah lain pn ada.So kalau refer dekat penglaman2 calon terdahulu,dalam puluh-puluh ribu jugakla calon yang dipanggil temuduga hahaha maka anda bayangkanla betapa ramainya orang.Dan mengikut pendapat Fatihah melalui maklumat kakak iparnya,jawatan yg ada hanyalah sebanyak 400 kekosongan-_-...Disebabkan diri ini masih pun belum bekerja,maka tiada salahnya kita cuba haha.Oleh itu, kita berusaha dan bertawakkal!

Baiklah,sekarang saya akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan peperiksaan tersebut(yang amat memenatkan)

  • Ada 5 seksyen kesemuanya.Seksyen A,B,C,D dan E. Kesemua seksyen ini adalah dalam Bahagian 1.
Seksyen A

Soalan adalah berdasarkan pengetahuan am dan struktur-struktur pentadbiran negara dan negeri. Perihal tanggungjawab menteri,program-program kerajaan dan juga polisi yang brkaitan. Nk tahu contoh soalan?nah haha

  • Apakah portal rasmi kerajan(online)?
  • siapakah olahragawan malaysia 2010?
  • greater kl adalah plan di bwh bla bla bla...berikut,yang manakah tidak termasuk dalam pelaksanaan plan itu?
  • tugas x ialah menasihati menteri,menyampaikan laporan,bla bla bla..siapakah x?
  • trojan horse ialah sejenis?
  • ...dan banyak lagi soalan yang berjumlah 60 soalan kesemuanya.Masa 30 minit
Seksyen B

Paling menyeksa otak(bagi aku lah).Soalan adalah mathematics based and logik.Soalan kebarangkalian adalah berlambak2 sampai dah nak termuntah kira. Lain2 adalah IQ based tapi x banyak.Jumlah soalan 40.Masa 30 minit

Seksyen C

Part ni mungkin paling senang kot sebab dia bagi 2 esei BM dan 2 esei English(300-500 words). Each esei ada 5 soalan so semua 20 soalan,masa mnjawab pun sama,30 minit. Tapi jangan underestimate jga,twist juga soalan dia sbb esei tu excerpt from different sources.One of the excerp was from readers digest,kona jga la kepala hahah.

Seksyen D 

Yang ni part tulis esei.Seksyen D adalah esei bahasa Melayu,sepnjang 300-500 perkataan. Dia bagi 3 soalan,kita pilih satu. Masa menjawab ialah satu jam

Seksyen E

This part requires you to write an English essay. You're ought to choose one out of 3 topics given and write a 200-300 words essay. Time given is one hour.

So that was how I spent my Saturday weekend. Ya Allah!memang penat sangat2.Balik rumah aku n ariff 2 2 flat. Haha,padahal yang examnya sorang ja..Aku tulis experience ni untuk panduan di masa hadapan dan juga untuk calon2 lain yang akan dipanggil temuduga nanti yang tercari2 maklumat mengenai PTD exam ni.Doakan yang terbaik ya =)


alahi tomei2..hihi credits

Friday, June 24, 2011

Untuk lelaki yang pertama dalam hidup ini



Dear my hubby habibi,

Tu dok tengah sengih-sengih lah tu kan bila baca ni kan.Hahaha nee tau la bee tu=p...Sengih2 lagi?Haha ok la bagi chance la sengih banyak-banyak.Lagipun, nee suka lagi tengok awak sengih,hilang habis mata-mata hik3 comeyy sangat!Hmmm,hari ini 24 Jun kan,hari apa tah?Hehe ya ya sayang tahu=p...

B tau kan,Nee selalu dok berangan kalau lepas tengok cerita drama or filem( I know u knew haha)..contohnya:Syoknya Nora Elena dapat suami macam Seth Tan, syoknya Nur Amina dapat suami macam Adam..Hahah awak tak jeles kan,kan?Tapikan,hakikatnya, dalam hati nee, tidak akan ada lelaki lain yang setanding dengan suami nee ni, suami ne yang paling ne sayang paling nee cinta yang 11 tahun dlu dok buat nee tertunggu kat stesyen bus HBR kot-kot kalau boleh nampak kelibat awak. Bukan nak buat apa pun,nak tengok sekilas pun ckup la. Yang membuatkan nee excited nampak KV2087, yang mata berkaca di KLIA 5 tahun dulu masa sending me off, yang sabar dan tunggu nee,lelaki pertama yang nee rindu dan nee jatuh cinta yang Alhamdulillah, sekarang sudah halal menjadi suami nee, dunia akhirat.

Untuk suami yang tercinta, Mohd Ariff bin Ahmad, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 24 pada 24 Jun 2011 ini !Ini kali pertama kita sambut birthday awak bersama-sama kan and i am excited=).Sempena itu,nee doakan semoga Allah murahkan dan berkati  rezeki kita,dimudahkan segala urusan dan semoga kasih sayang b untuk nee dan kasih sayang nee untuk b kekal sampai syurga dan diredhai Allah sampai bila-bila. Terima kasih kerana sudi menerima nee and all my flaws, dan terima kasih juga kerana menjadi suami yang terbaik untuk nee. I love u sayang...

p/s: dahulu, nee ingat ne dah ada hadiah yang paling istimewa dah untuk bee.tapi as we both know, Allah lebih sayangkan dia. n nee believe He must be sending his love from jannah to u on the day of your birthday...
p/p/s:happy 6 months wedding anniversary too sayang!

with love,
Ibtisam Ismail



(Nee tulis dan padam,tulis balik padam tulis n padam tau untuk entry ni. Sebab nee xtau apa ayat yang terbaik dan paling sesuai hihihi)

Wednesday, June 22, 2011

Kegilaan terkini

Assalamualaikum

Wehoooo introducing my current new obsession..well kinda 'obsession' it is. Super duper cute.If you ask me which one is that 'cute' obsession,I would say BOTH,the boy and the ukelele!Haha adoii kenot tahan comeynyaaaaaaaaaaaaa=))



p/s:ariff dok jeles aku dok men blog maka dia dok tiru suara budak ni tp dgan extra sengauuu hahahaha.comey cubit maw?=p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...