Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 22, 2012

Balik lambat

Assalamualaikum wbt

Bersiaran siaran langsung dari meja ofis walauapun sekarang jam sudah menujukkan pukul 6.20 petang. Yaaaaa sudah lepas waktu kerja tapi saya masih di ofis?Rajin?Dedikasi?Tekun?Haha non of the above. Sebenarnya tengah tunggu encik suami untuk mai amik. Maklumlah beliau bekerja di Petaling Jaya, habis kerja pukul 6 and bayangkanlah jammm bagai apa, sejam juga la baru nak sampai KL ni. Start dari awai bulan November haritu encik suami rajin pulak nak menghantar dan mengambil diriku ini. Bagus juga x payah la saya bersakit kepala bersakit hati meredah jam itu, kalau sangkut saya bole tidor hewhewhew

Eh malam ni family kak long nak mai umah yayyy..Rindu sangat dekat anak-anak menakan saya itewww. Tak sabar nak jumpa and main dengan depa,tapi mak cik is so so malas now donno what to do and what to cook. Kita makan satay saja lah ya malam ni hahaha..Lagipun sampai lambat kan hehe pkul 12 x elok makan berat2 haha.

Alhamdulillah, happy and semoga selamat semuanya yaaa!

Thursday, November 1, 2012

1 November 2012

1 November 2012

Exactly 36 days or 5 weeks 1 day since my last posting
Hmmm..how are you people?I hope everyone is in the pink of health
Semoga baik-baik sahaja semua

Kuala Lumpur hari-hari hujan
Yalah tak kan lah nak jadi salji pulak kan
Tu tanda kiamat namanya hi hi
Pagi panas petang hujan selebatnya
Hujan rahmat dari Allah SWT
Untuk mereka yang mensyukuri
Nafas hidup di muka bumi
Rahmat dan berkat dari Ilahi

..aaa membebel haha

Tuesday, September 25, 2012

setelah sebulan lebih

...x update hehe.badan x sihat demam on off selesema batuk sikit2.keja sakit2 ja kebelakangan ini.hormon n stress kot huhu.semoga semua ini menjadi penghapus dosa aku amin...keja makin banyak tapi alhamdulillah masih bawah kawalan haha. harap2 semua ok. kemarin p pre conference NCCR syok plak rasa masuk kelas, terus rasa teruja teringin nak sambung ngaji..hmm nantilah, insyaAllah insyaAllah soon,I will one day.esok pulak my first attendance of national conference..excited tapi nerveous sbb lusa kena dok atas pentas ngan org2 besaq,alah haha jd time keeper ja pun untuk poster presentation haha over kan =p...pray that Allah will ease everything amin.

-signing off,bye.take care!-

Friday, August 17, 2012

Hari ini seorang aku berusia suku abad

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kemarin 16 Ogos 2012 menandakan genaplah 25 tahun Masihi aku dilahirkan oleh mamaku ke muka bumi ini. Tak pernah tersangka dalam hidup aku bahawa inilah perasaan seseorang yang berusia suku abad haha...Dulu masa kecik-kecik,kalau dengar orang tu habaq usia dia 25 tahun, mesti aku rasa 'eh dewasa (aka tua) dah dia ni' hahaha. Now bila diri sendiri sampai fasa umur 25 ni, rupanya-rupanya perasaan seorang yang berusia 25 tahun adalah agak sama sahaja seperti ketika berusia 24 23 atau 22 tahun hihi. Tidaklah tiba2 badan menjadi automatik mebongkok atau automatik bertambah sedikit kedutan dek kerana telah berusia 25 tahun haha.


Ianya perasaan biasa cuma rasa sedikit special kerana tarikh lahir. Tidak terlalu teruja, namun gementar. Ya,gentar apabila memikirkan betapa aku sudah menghabiskan 25 tahun tapi aku sendiri macam tak tahu apa pencapaian aku. Bagaimana dengan masa depan aku, bagaimana akan aku habiskan 38 tahun yang akan datang kalau dipanjangkan umur (mengikut sunnah umur Rasulullah; itupun tolak lagi berapa tahun sebab ikut tahun hijrah). Tapi aku pasti, setiap apa yang berlaku dan akan berlaku adalah terletak dalam rencana Allah yang maha hebat dan maha sempurna, jadi aku selaku hamba ini tak perlulah gelabah kerana sesunggahnya Allah is there, always there for you. Dia tahu apa yang terbaik,perkara terbaik, cara terbaik,masa terbaik dan rencana yang paling indah untuk setiap kita semua

Masa tarikh kejadian, macam biasa encik suami gigih tahan mata sampai pukul 12 untuk wish dan nyanyi yu yu (happy birthday to you). Tskk terharu haha, thank you yayang!Balik kerja dapat hadiah dr encik suami hikshiks syioookkk..Pastu keluar p dating berbuka puasa di House of Nasi  Kerabu yang sangat sedap nasi kerabunya. After that, shoot p surau sbb ada dating lagi, kali ini dengan Ustaz Don pulak. Terima kasih ustaz sebab susah payah mai nak sambut hari jadi saya haha. Nasihat-nasihat ustaz InsyaAllah akan kami semat dalam jiwa cewah haha.

tempat dating hari kejadian

Ucapan Terima Kasih untuk ahli kluarga dan mentua juga yang wish, adik beradik aku yang best, rakan yang wish kat facebook whatsapp apa semua perisisan guna internent ni, terima kasih tapi aku xleh nak buka lagi sbb tnet blum masuk kat rumah.Sangat2 menghargainya!!Seriyes best hampa semua haha. Moga Allah merahmati kita semua dan mengurniakan segala kebaikan kepada  kita.

Happy 25th birthday to myself!

p/s:malam ni insyaAllah akan bertolak balik kampung. Yayyy nak rayaaaa!!!Tapi sedih jga sebab Ramadhan nak habis dah..dan aku masih mcm ni...


Tuesday, August 14, 2012

.......

sakit dada mcm nak pecah rasa
rindu pada yang tiada
pedih..
perit..
sakit

sungguh,
alhamdulillah allah pilih kami untuk merasai nikmat yang seketika..
singkat namun penuh bahagia
redha...berbahagialah kamu di sana sayang
tiada derita
tiada dosa
syurgalah untuk mu sayang
berbahagialah
kami redha
berbahagialah selamanya
sayang ayah
sayang mama
selamanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...